Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiYayasan Pahang peruntuk RM52 juta bantu lebih 61,000 pelajar
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Yayasan Pahang peruntuk RM52 juta bantu lebih 61,000 pelajar

KUANTAN – Yayasan Pahang memperuntukkan sejumlah RM52 juta bagi membantu lebih 61,000 anak-anak Pahang dalam usaha meningkatkan pembangunan pendidikan pada tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,  selain pelajar sekolah rendah dan menengah, penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT)  akan turut menerima manfaat daripada peruntukan tersebut.

Menurut beliau, sebanyak RM18.8 juta disediakan untuk Biasiswa Sekolah Menengah yang melibatkan 31,751 penerima dan RM6.3 juta untuk Biasiswa Sekolah Rendah melibatkan 21,002 pelajar manakala RM3.6 juta lagi untuk Program Peningkatan Kualiti Pendidikan.

IKLAN

“Bagi peringkat pengajian tinggi pula, sebanyak RM17.2 juta diperuntukkan untuk pinjaman membabitkan 2,633 penerima dan RM3.1 juta untuk biasiswa ditawarkan kepada 335 penerima yang layak, selain RM3 juta lagi untuk Geran Awal Bantuan ke IPT melibatkan 6,000 penerima,” katanya kepada pemberita selepas Majlis  Penyampaian Sumbangan Pendidikan Yayasan Pahang di sini.

Wan Rosdy berkata, setiap tahun Yayasan Pahang merupakan penyumbang utama kepada bantuan pendidikan di negeri ini berbanding biasiswa tajaan pihak lain.

IKLAN

“Keistimewaan biasiswa (Yayasan Pahang) ini ialah permohonan hanya perlu dibuat sekali dan ia akan berterusan sehingga tamat persekolahan dalam satu-satu peringkat pengajian tersebut. Selain itu, Yayasan Pahang turut membantu murid dan para pelajar meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan IPT  melalui program berbentuk akademik,” katanya – BERNAMA

IKLAN

Artikel menarik

Ini yang pelajar Tingkatan Lima buat selepas berakhirnya SPM, netizen terkejut dan tak percaya

Cikgu Mardiana kongsi teknik mudah bagi calon menjawab Kertas 2 Biologi SPM

Artikel Berkaitan

MESTI BACA