HomeKomunitiUPM, TAR UC kerjasama hasilkan krim rawatan Psoriasis
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UPM, TAR UC kerjasama hasilkan krim rawatan Psoriasis

SHAH ALAM – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) mengadakan kolaboratif teknologi dalam menghasilkan krim merawat penyakit kulit psoriasis.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua universiti tersebut menghasilkan sebuah krim yang dinamakan REMDII Sensitive Pso-Rest Cream dan akan dikomersialkan melalui Lipidware Sdn. Bhd.

Presiden TARUC, Prof. Ir. Dr. Lee Sze mengucapkan tahniah kepada pasukan yang terlibat dalam usaha universiti-industri ini sambil menyatakan ia merupakan sebuah contoh yang baik dari segi membawa penyelidikan saintifik ke dalam produk komersial.

“Saya rasa proses yang mungkin dilalui oleh pasukan yang terlibat merupakan satu perjalanan yang panjang tetapi ia kini telah membuahkan hasil.

“Apabila saya mendengar tentang kerjasama ke dalam pengkomersialan, saya sangat teruja dan gembira kerana kita telah berjaya meneruskan perjalanan sehingga apa yang kita ada hari ini,” jelasnya.

IKLAN

Dr. Lee Sze turut mengakui kajian yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah, dan tidak banyak kajian-kajian yang dilaksanakan di universiti dapat dikomersialkan. Pihaknya akan terus memberikan komitmen untuk menyokong projek ini.

Pensyarah kanan UPM merangkap pengasas dan ketua penyelidik Lipidware Sdn. Bhd., Prof Lai Oi Ming, berkata akan meningkatkan daya saing dan nilai tambah industri penjagaan kulit.

IKLAN

Penyelidik-penyelidik dari TAR UC dan UPM bersama wakil Lipidware Sdn Bhd yang terlibat dengan
penghasilan Remdii Sensitif Pso-Rest Krim. (Dari kiri: Dr, Poh Tze Ven, Prof. Madya Dr. Loke Chui Fung,
Cik Tan Peh Fen, Cik Leow Min Min, Puan Tan Bee Hiong, Prof Dr Lai Oi Ming, Dr. Chang Hon Weng)

“Kini ramai sudah boleh lihat bahawa Kerajaan Malaysia semakin mengalu-ngalukan usaha untuk memupuk interaksi universiti bersama industri dan saya fikir ini adalah contoh yang sangat baik bagaimana ia boleh dilakukan,”ujarnya.

IKLAN

Menurut Prof Lai Oi Ming, krim kulit Pso-Rest hasil kerjasama ini adalah bertujuan untuk menangani keperluan dan menderita dengan keadaan pesakit seperti psoriasis.

“Teknologi di sebalik krim Pso-Rest adalah bergantung pada ekstrak tumbuhan yang boleh ditemui daripada biodiversiti Malaysia yang kaya, dan TAR UC telah membuktikan bahawa ianya mempunyai kesan yang sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah kulit,” katanya.

Menurut pensyarah TAR UC, Dr Loke Chu Fung yang juga merupakan ketua saintis di sebalik pembangunan inovasi Pso-Rest ini mengakui sangat gembira hasil penyelidikan Kolej Universiti TAR sekali lagi menjadi sebuah produk yang memberi manfaat kepada keperluan masyarakat.

“Ini adalah kali pertama TAR UC bekerjasama dengan UPM, ia adalah detik bersejarah apabila dua universiti tempatan ini menyatukan penyelidikan untuk memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA