HomeKomunitiTertekan dengan pembelajaran dalam talian, ikuti 5 cara ini untuk kurangkan stres
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tertekan dengan pembelajaran dalam talian, ikuti 5 cara ini untuk kurangkan stres

Peribahasa Melayu yang berbunyi bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora tepat untuk menggambarkan cabaran dan tekanan yang dihadapi pelajar dalam meneruskan kehidupan semasa tempoh pandemik ini.

Setiap orang tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam hidup tidak kira membabitkan hal apapun termasuklah pelajaran, hubungan dengan keluarga atau rakan-rakan, kewangan dan sebagainya.

gambar hiasan

Proses pembelajaran yang kini dilaksanakan secara dalam talian juga dilihat sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kehidupan pelajar kerana perlu melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) untuk tempoh yang agak panjang.

Semuanya tertekan memikirkan cara untuk memastikan agar generasi masa depan negara ini dapat memperoleh pendidikan yang sempurna terutama di musim pandemik Covid-19.

Jika masalah ini tidak diatasi pada peringkat awal, ia mampu membawa kepada masalah yang lebih kronik lagi iaitu masalah kesihatan mental.

IKLAN

Kajian daripada Kaiser Family Foundation mendapati sejak Julai 2020, semakin ramai orang dewasa mengalami kesan negatif terhadap kesihatan mental mereka termasuklah berdepan masalah tidur dan makan, peningkatan pengambilan alkohol dan terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang.

Jangan biarkan perasaan stres anda terus menjadi semakin serius. Oleh itu, GPS Bestari kongsikan lima cara untuk mengurangkan stres.

1) Bersukan ataupun bersenam
Walaupun seluruh Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia bukan satu alasan untuk tidak bersenam kerana pelbagai jenis senaman dapat dilakukan di rumah dengan peralatan yang minimum seperti lari setempat, lompat katak serta tekan tubi.
Stres dapat dikurangkan ketika kita bersenam atau bersukan. Dengan melepaskan hormon endorphin untuk melancarkan darah, ia akan dapat membuatkan kita lebih cergas dan bebas stres.

2. Tidur
Apabila stres atau penat, memastikan tubuh badan mendapat masa tidur yang optimum adalah antara cara terbaik bagi mengurangkan masalah ini.
Manfaatkan masa di rumah ketika PKP dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup dapat memberikan anda tenaga yang diperlukan badan dan membantu melupakan sebentar stres anda.

IKLAN

gambar hiasan dari unsplash

3. Luangkan masa bersama sahabat/keluarga
Ambil masa bersama keluarga atau sahabat untuk mengurangkan stres. Biarpun hanyalah berborak kosong, ia dapat mengurangkan stres yang dialami.
Salah satu cara untuk mengatasi tekanan yang sering disyorkan oleh pakar adalah bercakap dengan meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau rakan rapat.
Kongsikan masalah anda bersama mereka kerana sokongan dan nasihat daripada mereka sangat membantu meredakan stres.

4. Membaca buku atau al-Quran
Membaca bahan bacaan yang baik mampu mengurangkan stres, mengasah minda dan boleh membuatkan anda lupa akan stres yang dihadapi.
Bagi umat Islam, salah satu cara yang baik untuk mengubati stres adalah dengan membaca dan mempelajari al-Quran. Dalam Surah Al-Isra’ ayat 82 disebutkan, al-Quran diturunkan sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang beriman.

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

Oleh itu, anda disaran memperbanyakkan amalan membaca pelbagai bahan bacaan dan al-Quran yang boleh membantu menangani stres.

IKLAN

5. Kurangkan stres melalui aktiviti seni
Bermain alat muzik, fotografi, melukis dan sebagainya juga mampu mengurangkan masalah stres anda.

gambar hiasan dari unsplash

Menurut sebuah kajian yang pernah dijalankan oleh Sidney De Haan Research Centre for Arts and Health dan New England Journal of Medicine, aktiviti seperti menari dan menyanyi merupakan antara kaedah yang bagus untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesihatan anda.
Seperti lirik lagu Laskar Pelangi -“menarilah dan terus tertawa”, jangan pedulikan apa yang orang kata kerana ia mampu menghilangkan stres anda.

Sungguhpun ia sesuatu yang sukar dielakkan, pastikan anda menangani stres dengan cara yang betul agar ia tidak memudaratkan kesihatan mental dan fizikal anda.

Sumber: Youtube Toodia TiVi

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA