Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiRugi jika tak turut serta, webinar percuma bersama Syamsul Debat
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Rugi jika tak turut serta, webinar percuma bersama Syamsul Debat

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober secara berperingkat. Ini bermakna kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan buat sementara waktu ini.

Berikutan itu, ramai kalangan ibu bapa yang lega dengan pengumuman tersebut. Ini memandangkan kes covid di negara kita masih tinggi. Ibu bapa tidak yakin jika terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah dalam situasi yang belum terkawal ini lagi.

Menyebut mengenai PdPR, pastinya golongan ibu yang paling dekat dengan anak-anak. Walaupun ada yang terpaksa bekerja di rumah (WFH) namun urusan pembelanjaran anak-anak tetap diletakkan di bahu si ibu. Sambil bekerja sambil membantu anak-anak. Justeru, tidak hairanlah apabila kedengaran ramai golongan ibu yang menjadi ‘singa’ di rumah.

Tidak dinafikan mengajar anak sendiri di rumah sambil bekerja bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Jika tidak kena pada tempatnya, pasti stres.

IKLAN

Oleh itu, topik bagi webinar kali ini akan mengkhususkan kepada pengorbanan kaum ibu yang bertungkus lumus memastikan agar anak-anak dapat belajar dengan baik sepanjang berada di rumah.

Untuk itu, Ajar Anak di Rumah, Ibu Jangan Marah-Marah merupakan topik pilihan kali ini. Personaliti hebat yang tidak asing lagi, Syamsul Debat akan berkongsi pengalamannya supaya para ibu dapat rujukan untuk membimbing anak-anak dengan cara yang terbaik.

IKLAN

Para peserta digalakkan untuk bertanyakan soalan mengenai masalah-masalah yang dihadapi ketika PdPR dijalankan. Para peserta yang mengikuti webinar ini juga boleh berkongsi pendapat bersama peserta yang lain.

IKLAN

Menariknya webinar ini akan dijalankan secara santai. Oleh itu, bagi yang berminat untuk mengikuti program ini, jom luangkan masa dengan GPSBestari Zoom in bersama Syamsul Debat, membincangkan topik Ajar Anak di Rumah, Ibu Jangan Marah-Marah.

Tetapkan temu janji pada 22 Ogos ini pukul 10 pagi di Facebook GPSBestari, Sinarplus dan Sinar Harian. Boleh daftar sekarang. Tempat adalah terhad.

Untuk pendaftaran klik https://formfaca.de/sm/279DZvlku atau imbas kod QR yang terdapat pada poster.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA