HomeKomunitiRawat organisasi menurut kaca mata ‘Raatchasi,’ 18 sebab ini perlu ikut, sebelum...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Rawat organisasi menurut kaca mata ‘Raatchasi,’ 18 sebab ini perlu ikut, sebelum tenat

Filem Raatchasi sebagai inspirasi kepada semua untuk membawa perubahan dalam pendidikan.

Filem tersebut mengetengahkan tentang perjuangan seorang guru besar yang datang ke sebuah sekolah yang sudah tiada harapan. Namun dengan usahanya itu, dia telah membuktikan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sedikit perkongsian berkaitan organisasi, berdasarkan tontonan Guru Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam, merangkap Guru Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, Cikgu Razali Saaran.

“Walaupun kita telah menontonnya agak lama sebelum ini, Insya-Allah ia masih releven untuk diperkatakan.”

1. Lakukan perubahan secara drastik bagi organisasi yang sedang  tenat.

2. Kuasai pekerja, InsyaAllah kita akan kuasai perubahan.

3. Konsisten dengan perubahan yang dilakukan. Jangan peduli apa orang kata.

4. Pastikan strategi yang betul untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kaji situasi dan tentukan kaedah yang sesuai.

IKLAN

5. Guna psikologi untuk memenangi hati. Lihat bagaimana dia mempengaruhi orang kampung untuk membangunkan sekolah secara bersama.

6. Pastikan lancar lidahnya dalam berhujah, terutamanya ketika berhadapan dengan musuh.

7. Beri peluang orang bawahan membetulkan kesilapan dan membaiki prestasi sebelum tindakan drastik diambil. Peluang kedua penting untuk mewujudkan situasi menang-menang antara keduanya.

8. Meletakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan dirinya.

IKLAN

9. Kepimpinan melalui tauladan. Ketua sanggup bekerja bersama-sama untuk membangunkan organisasi.

10. Tidak takut mengambil risiko. Pemimpin yang berani bertindak mengikut apa yang telah dirancang walaupun tindakannya itu menakutkan.

11. Perubahan perlu bermula dari atas, kemudian wajib diikuti oleh pihak yang berada di bawah. Tanpa perubahan secara kolektif, perubahan tidak akan ke mana-mana.

IKLAN

12. Kenal pasti masalah utama dalam organisasi. Rawat segera penyakit tersebut supaya penyakit tidak merebak sehingga melumpuhkan organisasi.

13. Bersabar dengan ujian dan fokus kepada perubahan yang sedang dilakukan. Melayan perkara yang lain mungkin menyebabkan matlamat utama terganggu.

14. Pekerja yang bagus dan pekerja yang bermasalah diraikan dengan cara yang selayaknya.

15. Setiap perubahan yang baik dihargai dan diiktiraf.

16. Untuk mengubah cara bekerja, ubah dahulu cara berfikir.

17. Setiap orang ada peluang untuk membina kerjaya yang lebih baik dan ketua harus menyedarkan mereka.

18. Kenal pasti kekuatan orang di bawah dan berikan tugasan mengikut kekuatan yang mereka ada, bukan sama rata. Ia hanya akan memusnahkan kredibiliti dan kemampuan seseorang.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA