HomeKomunitiPupuk minat Matematik usia muda, pendekatan SoroTouch unik
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pupuk minat Matematik usia muda, pendekatan SoroTouch unik

KUALA LUMPUR – Minat terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah menyaksikan satu penurunan yang ketara sejak kebelakangan ini.

Kerana itu, ia telah menimbulkan kegusaran ramai pihak yang dilihat sedang berusaha menarik kalangan muda menceburi karier dalam bidang-bidang tersebut.

Bagi subjek Matematik, ia merupakan asas dan blok binaan utama untuk melahirkan generasi jurutera dan saintis pada masa hadapan.

Sebuah syarikat Teknologi Pendidikan (EdTech), Ai Tech House, telah berusaha keras memupuk minat mendalam terhadap Matematik sejak tahun 2019 melalui perkongsian eksklusif dengan Pemilik Teknologi Pendidikan Pengiraan Mental Menggunakan Kaedah Abakus Jepun yang terkemuka, SoroTouch.

Menggunakan pendekatan yang dipacu oleh big data, SoroTouch mampu untuk mendalami corak pembelajaran kanak-kanak dengan memberikan lebih banyak cabaran yang direka suai dan unik berdasarkan data pembelajaran setiap pelajar individu.

Melalui Ai Tech House, teknologi terkemuka ini telah diperkenalkan kepada beratus-ratus kanak-kanak Malaysia berumur antara lima hingga lapan tahun.

IKLAN

Perkongsian ini bertujuan untuk memupuk minat mendalam terhadap Matematik, meningkatkan pengiraan mental kanak-kanak dari usia muda dan mendedahkan potensi mereka dalam subjek ini dari awal lagi.

Pengasas Ai Tech House dan Kalkulator Manusia Malaysia, West Wong berkata, walaupun sekolah adalah amat efektif untuk mengajar kemahiran sosial dan komunikasi, mereka sering kali gagal untuk memupuk kemahiran Matematik atas sebab sistem pendidikan yang kurang fleksibel.

“Ia bukanlah kesalahan guru-guru kita yang bekerja keras dengan penuh dedikasi, namun ia sebenarnya berkait rapat dengan cara bagaimana silibus itu distrukturkan.

IKLAN

“Ini antara sebab, kita perlu faham bahawa bukan semua orang boleh menyerap dan belajar melalui satu kurikulum berbentuk “one-size-fits-all” yang ditawarkan dalam institusi konvensional. Matlamat Ai Tech House adalah untuk membenarkan semua murid untuk menguasai Matematik melalui kelas yang dipersonalisasikan dan dikraf secara unik,” katanya.

Di Ai Tech House, murid-murid yang menggunakan SoroTouch didedahkan kepada kaedah pembelajaran yang baru untuk membangunkan minat mereka terhadap Matematik.

Sistem Pusat SoroTouch menukar struktur kelas konvensional yang agak membosankan menjadi satu bentuk gamifikasi/permainan yang berintuitif tinggi dan menarik untuk menjadikan proses pembelajaran seronok sambil menggamit penglibatan penuh murid terbabit.

IKLAN

Mereka melakukan ini melalui pemupukan konsep ‘4C’– Pemikiran Kritikal, Kolaborasi, Kreativiti dan Komunikasi (Critical Thinking, Collaboration, Creativity, and Communication) yang diterapkan ke dalam silibus digital dan juga untuk memperkayakan satu set minda agar sentiasa berkembang dan merangsang nilai-nilai positif yang menggalakkan seperti ketabahan dan disiplin.

Melangkah ke hadapan, Ai Tech House kini sedang aktif untuk meningkatkan lagi tahap pendidikannya dan bersedia untuk memacu dengan lebih lanjut dalam industri Teknologi Pendidikan (EdTech) dengan menyerlahkan potensi dalaman kanak-kanak dalam Matematik dan subjek bernombor, seterusnya membuka jalan bagi masa depan berasaskan STEM bagi pelajar-pelajar muda ini.

Untuk belajar lebih banyak mengenai Ai Tech House atau untuk menempah satu sesi percubaan secara percuma, lawati https://www.aitechkid.com/

Artikel menarik

Komersialkan cendol segar dalam tin minuman, kini produk inovasi pelajar UMK makin hangat di pasaran

Foodpanda jadi sumber pendapatan pelajar

Artikel Berkaitan

MESTI BACA