Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiPertandingan STEM tarik 2,700 pencabar muda untuk jelajahi angkasa
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pertandingan STEM tarik 2,700 pencabar muda untuk jelajahi angkasa

Pertandingan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Maxis peringkat kebangsaan yang pertama, Misi Jelajah Digital, telah menarik lebih 2,700 pencabar muda sejak dilancarkan awal bulan ini.

Pertandingan anjuran eKelas, bertujuan untuk memupuk kebolehan pemikiran kritis di kalangan pelajar dan mendorong mereka untuk berinovasi melalui kemahiran koding, kebolehan kreatif dan pemikiran rekaan (design thinking) yang bakal menjadi komoditi baru pada masa hadapan.

Semasa webinar pelancaran pertandingan, para peserta telah mendengar perkongsian khas ahli astrofizik pertama Malaysia dan bekas Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Luar Angkasa (United Nations Office for Outer Space Affairs), Prof Dato’ Seri Dr Mazlan Othman.

Prof Dato’ Seri Dr Mazlan Othman

Beliau telah berkongsi tentang kepentingan usaha penerokaan ruang angkasa dalam mengejar kemajuan saintifik dan semakin pentingnya kemahiran STEM untuk masa depan.

“Ruang angkasa sering dianggap sebagai puncak pencapaian manusia dalam bidang sains, dan selalu menjadi harapan saya untuk melihat anak muda Malaysia berusaha mencapai bintang.

IKLAN

“Apa yang saya sukai mengenai Misi Jelajah Digital ini adalah pendekatan dalam membawa pembelajaran STEM dengan cara yang menyeronokkan dan menarik sambil mendorong kreativiti dan meneroka misteri ruang. Lebih penting lagi, kerana pertandingan ini terbuka untuk pelajar di seluruh negara, ia membantu merapatkan jurang STEM antara mereka di bandar dan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis, Mariam Bevi Batcha, program eKelas kami didorong oleh semangat kami untuk memartabatkan bidang pendidikan, dan kami ingin mendorong pelajar untuk melihat masa depan digital dengan menawarkan kandungan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersemangat.

“Kami gembira dapat menyediakan platform ini untuk meluaskan lagi pemikiran para pelajar eKelas kami. Misi Jelajah Digital juga mewakili keinginan kami untuk memperluas penawaran eKelas kami ke dalam kandungan yang berkaitan dengan STEM pada masa akan datang dengan pembelajaran yang lebih bersepadu.

IKLAN

“Kami mengharapkan kreativiti dan inovasi pelajar yang mengambil bahagian dan mengucapkan yang terbaik dalam perjalanan menarik mereka, ”ujarnya.

Misi Jelajah Digital ini dijalankan mengikut Piawaian Persatuan Teknologi Antarabangsa dalam Pendidikan (ISTE), dan dibahagikan kepada dua kategori:

IKLAN


• Misi Bumi, di mana pelajar akan menyelesaikan cabaran rintangan dalam dunia Maxis eKelas Roblox yang dibina khas dan menemui ganjaran tersembunyi. Setelah menamatkan cabaran tersebut, mereka juga boleh melayari portal eKelas untuk menyertai siri Roblox Game Development dan belajar cara kod dan membina dunia mereka sendiri.


• Misi Marikh, di mana pelajar akan menerokai dunia angkasa dengan merekabentuk kapal
angkasa sendiri dan merancang sebuah dunia koloni baru manusia. Mereka boleh menyelesaikan tugasan ini secara melukis dengan tangan, atau dengan menggunakan kod.
Pertandingan tersebut akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2021 dan terbuka kepada pelajarberumur 10 – 17 tahun (Tahun 4 hingga Tingkatan 5).

Mereka yang mendaftar untuk menyertai pertandingan juga akan menerima mata kredit pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk komputer riba, peranti mudah alih, baucar dalam talian dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA