HomeKomunitiPermainan puzzle tidak melekakan, ini 5 manfaat yang guru dan pelajar dapat....
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Permainan puzzle tidak melekakan, ini 5 manfaat yang guru dan pelajar dapat. Memang berbaloi!

Bila sebut permainan puzzle, kanak-kanak merupakan individu yang paling gembira kerana berpeluang bermain permainan tersebut.

Permainan puzzle yang terdiri dari dua atau tiga potongan besar, dan kemudian pindah ke permainan puzzle yang lebih kompleks dengan lebih banyak potongan yang lebih kecil dan lebih rumit, cukup membuatkan mereka leka tanpa menoleh kepada mainan lain.

Walaubagaimanapun, permainan puzzle ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak semata-mata, bahkan guru dan pelajar yang suka pada cabaran, mengakui bahawa mereka juga suka bermain puzzle yang banyak melatih cara berpikir.

Sebagai perkongsian untuk semua pembaca, GPSBestari senaraikan lima manfaat permainan puzzle untuk kanak-kanak, murid-murid, pelajar dan guru.

Ini kebaikannya yang mungkin ramai tidak tahu.

1) Penyelesaian masalah

Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, pemain puzzle akan belajar berfikir dan menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

2) Meningkatkan koordinasi tangan dan mata

IKLAN

Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak manipulasi tangan dan mata.

Koordinasi tangan dan mata (hand-eye coordination) adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan mata, dan membolehkan mata untuk menghantar isyarat penting kepada otak mengenai pergerakan tangan tersebut. Koordinasi tangan dan mata yang lemah dapat mempengaruhi aktiviti seperti menulis.

Baca juga Misi bantuan kemanusiaan, UPM dan UTeM turun padang ringankan beban mereka banjir

Baca juga Ayat “tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan” bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata!

IKLAN

3) Merangsang kemahiran kognitif

Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya.

Pemain seharusnya dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal ketika mereka bermain puzzle.

Kemahiran kognitif membolehkan mereka memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan akibat serta meningkatkan kemahiran analisis masing-masing.

IKLAN

4) Kemahiran sosial

Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, masing-masing akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa dan saling berkongsi kegembiraan bila mana puzzle dapat disiapkan.

Justeru, permainan ini adalah antara alat pembelajaran yang hebat dan dapat merangsang aktiviti bekerjasama dan mengasah kemahiran bersosial.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

5) Perkembangan motor halus

Ketika bermain puzzle, pemain akan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing dan berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai.

Kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot yang mengawal tangan, jari dan ibu jari ini adalah penting supaya mereka dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis dan makan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA