HomeKomunitiPendidik perlu pamerkan contoh yang baik kepada murid - Sheikh Mohd Zaki
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pendidik perlu pamerkan contoh yang baik kepada murid – Sheikh Mohd Zaki

Barisan pendidik Integrated Islamic School Puncak Jalil sentiasa komited dengan amanah yang diberikan.

Pendidik perlu pamerkan contoh yang baik kepada murid – Sheikh Mohd Zaki

Dalam menempuh era globalisasi yang makin mencabar, semua pihak terutamanya guru dan ibu bapa seharusnya serius dalam menggalas amanah dan tanggungjawab melahirkan generasi masa hadapan yang berpotensi dalam pelbagai lapangan.

Pengarah dan Pengasas Institusi Pendidikan Integrated Islamic School Puncak Jalil dan Smart Edukids, Datuk Sheikh Mohd Zaki Sheikh Abdul Rahman berkata, peranan guru dan ibu bapa sebagai pendidik penting bagi memastikan setiap anak mendapat pendidikan secukupnya dari sudut perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Sebenarnya, pendidikan bermula dari rumah dan kesinambungan proses pendidikan berlaku di sekolah. Ini bermakna, para pendidik mestilah menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada anak murid melalui teladan dari sudut keterampilan, penggunaan laras bahasa, sikap dan keprihatinan,” katanya.

IKLAN

Sheikh Mohd Zaki

Beliau berkata, kejayaan seseorang murid bukanlah diukur daripada pencapaian gred peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi aspek- aspek yang lain seperti perkembangan sahsiah, kemahiran insaniah, pembangunan modal insan dan kemenjadian diri.

“Indikator kejayaan seorang pendidik adalah apabila anak muridnya berjaya dalam pelbagai lapangan diceburi. Guru mestilah berkhidmat kepada murid secara efektif dan komprehensif dan berperanan sebagai pemudah cara, menggunakan kaedah dan pendekatan sesuai dengan generasi semasa seperti pendigitalan pendidikan dan seumpamanya.

IKLAN

“Daripada kaca mata sebagai seorang pendidik, setiap guru mestilah berkeupayaan menggalas amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan tekun, komited dan penuh kasih sayang serta menjadikan inisiatif mendidik tersebut sebagai satu jihad dan perjuangan,” ujar Sheikh Mohd Zaki.

Katanya, pendidik pada hari ini merupakan penentu peradaban masa hadapan.

IKLAN

“Corak pendidikan yang dipraktikkan sekarang akan memberikan implikasi yang signifikan kepada pembentukan generasi akan datang.

“Prioriti dan titik fokus yang perlu diletakkan oleh seorang pendidik adalah dari sudut pembangunan kemanusiaan untuk melahirkan generasi yang mampu mencetuskan fenomena kejayaan yang luar biasa dalam pelbagai lapangan dan menyumbang bakti kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara, katanya.

Artikel menarik

Sekolah kembali laksanakan PdPR, ini 3 teknik yang boleh cikgu guna sepanjang kaedah itu berlangsung

Cikgu Herryan Syah kongsi 23 cara memulakan PdPC. Guru-guru boleh ambil ini sebagai sumber rujukan

Artikel Berkaitan

MESTI BACA