Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZPelajar Tahun 1 UiTM Shah Alam jadi calon termuda dalam PRN Melaka
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar Tahun 1 UiTM Shah Alam jadi calon termuda dalam PRN Melaka

Walaupun baru sahaja memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Farzana Hayani Mohd Nasir telah terpilih menjadi calon paling muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mahasiswa UiTM Shah Alam yang juga pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau itu berkata, dia bersedia membantu komuniti di Melaka, terumanya di kawasan yang ditandinginya.

“Saya tidak pernah terfikir akan dipilih sebagai calon, tetapi saya sangat bersedia untuk membantu rakyat dan masyarakat di Melaka,” katanya ketika di temu bual di Bernama TV.

BACA JUGA:Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum terima vaksin COVID-19

BACA JUGA:PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

IKLAN

Pada usia 21 tahun, Farzana Hayani yang juga merupakan Ketua Srikandi Keadilan Melaka, berkata, dia akan memberi perhatian serius untuk menambah baik capaian internet bagi memudahkan pendidikan dan menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang keusahawanan dalam talian.

Farzana Hayani turut menegaskan sebagai seorang pelajar, dia sendiri telah merasai kesukaran akibat gangguan akses internet.

IKUTI GPPSBestari di twitter dan instagram

IKLAN

“Sebagai seorang pelajar, saya amat mementingkan capaian internet. Melalui pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang belajar di rumah, ia (akses internet) amat penting buat keluarga yang ada anak bersekolah, khususnya di kawasan Sungai Rambai.

“Saya juga yakin lebih ramai orang akan terlibat dalam program keusahawanan,” katanya.

IKLAN

BACA JUGA: PALAPES Darat UMK iltizam pamer profesionalisme dan disiplin tinggi

BACA JUGA: Sambutan Aidilfitri Sekolah Rendah Islam Al-Azhar disambut sederhana tapi meriah

Dalam PRN Melaka, Farzana Hayani bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Sungai Rambai dan berdepan dengan tiga lagi calon.

Mereka ialah Muhammad Jefri Safry mewakili Perikatan Nasional, Nazatul Asyraf Md Dom; Putra dan Siti Faizah Abdul Azis, UMNO.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA