HomeKomunitiPelajar lesu belajar di rumah, jom bantu anak-anak untuk lebih bersemangat
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar lesu belajar di rumah, jom bantu anak-anak untuk lebih bersemangat

Lesu, malas dan tidak berminat untuk belajar, inilah dilema yang dialami oleh setiap pelajar pada masa ini.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berlangsung secara dalam talian dan diadakan setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan menjadikan para pelajar ini tidak lagi berminat untuk melakukan sebarang aktiviti dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Keselesaan dan ketenangan di rumah masih tidak mampu meniup semangat ‘rajin’ dalam diri mereka.

Mungkin ramai ibu bapa tidak mengetahui bahawa majoriti para pelajar lebih suka belajar di rumah kerana mereka tidak perlu mengikuti peraturan yang ketat seperti di sekolah.

Bagaimanapun peluang belajar secara dalam talian ini membolehkan mereka bebas untuk bermalas-malasan di katil mahupun di sofa rumah.

IKLAN

Paling merunsingkan ada segelintir ibu bapa yang mengikuti kehendak anak mereka dengan membiarkan anak masing-masing tanpa berbuat apa apa.

Keadaan yang berlarutan ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap pembelajaran mereka sekaligus menjadikan mereka pelajar yang ketinggalan dari segi pelajaran.

Susulan itu, GPSBestari ingin berkongsikan tip bersama ibu bapa bagi menaikkan semangat anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah berlangsung

IKLAN

1) Menyediakan sarapan yang berkhasiat
Pengambilan sarapan yang sihat akan menjadikan anak-anak lebih aktif untuk memulakan hari mereka. Ibu bapa perlu mengelakkan makanan yang berminyak agar anak-anak tidak cepat mengantuk.

2) Pengambilan vitamin
Ibu bapa perlu menyediakan vitamin bagi meningkatkan imunisasi anak-anak. Tanpa pengambilan vitamin anak-anak akan mudah lesu dan tidak bersemangat.

IKLAN

3) Memperbanyakkan minum air putih
Minum air putih yang secukupnya adalah salah satu usaha bagi menambahkan kelembapan tubuh badan. Pengambilan air yang mencukupi mampu mengawal diri daripada hilang tumpuan semasa sesi pembelajaran.

4) Lakukan senaman ringan
Melakukan senaman ringan setiap pagi adalah sebagai usaha memulakan hari dengan baik. Hari yang baik, akan mewujudkan suasana harmoni dan aura positif kepada perkembangan otak individu.

Diharap, perkongsian tip di atas dapat membantu ibu bapa dan anak-anak lebih bersemangat apabila menjalani sesi pembelajaran di rumah.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA