HomeGen ZPanduan penggunaan ubat secara selamat, para guru mesti tahu
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Panduan penggunaan ubat secara selamat, para guru mesti tahu

Kesihatan sememangnya merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup. Jika jatuh sakit, perlu segera mendapatkan rawatan dari hospital untuk menerima ubat-ubatan.

Apabila sudah menerima ubat, jangan pula memandai-mandai makan tanpa mengikut saranan doktor, kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada diri jika diambil secara tidak betul.

Di bawah, GPSBestari senaraikan beberapa panduan penggunaan ubat secara selamat agar tidak timbul sebarang kesan sampingan yang tidak diingini kelak.

Kenali ubat anda
Ambil tahu tentang nama, warna, bentuk, jenis (ubat biji atau kapsul), simbol pada ubat, saiz atau bekas ubat.

Ambil ubat seperti yang telah diarahkan oleh doktor.
Ikut arahan doktor. Minta bantuan doktor/ahli farmasi untuk mencatatkan arahan-arahan tertentu jika khuatir terlupa arahan tersebut.

Ambil ubat anda sahaja
Mengambil ubat orang lain mungkin akan memudaratkan diri dan menyebabkan rawatan anda bertambah rumit. Oleh itu, jangan berkongsi ubat dengan orang lain.

Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai masalah kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil. Ini termasuk ubat preskripsi, ubat am, suplemen kesihatan, vitamin dan ubat sediaan herba. Maklumat yang diberikan dapat memudahkan mereka membantu anda. Jika mempunyai pertanyaan, jangan malu untuk bertanya kepada doktor atau ahli farmasi.

BACA JUGA: Semangat patriotisme Generasi Z masih utuh, sanggup pertahankan negara apabila diuji
BACA JUGA: QS Asia University Rankings 2022: UKM kini 5 peratus terbaik Asia

Perhatikan jika berlaku kesan sampingan atau interaksi ubat
Segera maklumkan doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang gejala atau perubahan pada diri anda akibat pengambilan ubat.

Pastikan semua janji temu dengan doktor dipatuhi dan sebarang ujian pemantauan yang dijadualkan oleh doktor atau makmal.

Bawa bersama seorang kawan atau saudara ke janji temu anda.

Ini boleh membantu anda untuk lebih memahami atau mengingati maklumat daripada doktor.

Pastikan preskripsi diisi semula lebih awal untuk mengelakkan kehabisan ubat.

IKLAN

Ini akan mengelakkan daripada gangguan kepada jadual pengambilan ubat.

Sebelum melancong, tanya doktor atau ahli farmasi bagaimana untuk menyesuaikan jadual pengambilan ubat dengan mengambil kira perubahan waktu, rutin dan pemakanan. Bawa bersama nombor telefon doktor dan ahli farmasi anda. Apabila menaiki penerbangan, bawa ubat bersama, jangan masukkan ke dalam bagasi. Ini bagi memastikan ubat tidak terdedah kepada suhu panas atau sinar matahari.

Gunakan carta/jadual, kotak pil, penggera (alarm), peringatan di telefon atau cara lain untuk mengingatkan anda tentang ubat dan waktu pengambilannya. Ramai orang menggunakan carta atau jadual bertulis untuk mengingati pengambilan ubat mereka. Ada yang menggunakan bekas dengan warna penutup yang berbeza, bahagian yang berlainan atau loceng yang berbunyi pada waktu-waktu tertentu.

Simpan ubat di dalam bekas asalnya melainkan diarahkan sebaliknya.

Jangan simpan pelbagai jenis ubat di dalam satu bekas.

IKLAN

BACA JUGA: Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum terima vaksin COVID-19
BACA JUGA:Bentuk pewaris bola sepak negara. Zaquan Adha sarankan mula latihan seawal usia

IKLAN


Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering, jauh daripada cahaya.
Jangan simpan ubat di tempat yang lembab dan panas kerana ini boleh mengurangkan keberkesanannya. Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk, kecuali ditulis pada label atau diarah oleh ahli farmasi atau doktor.

Jika terdapat kanak-kanak di rumah, jauhkan semua ubat dari penglihatan dan capaian mereka.

Lakukan pemeriksaan ke atas ubat-ubatan secara berkala. Kemaskan kotak ubat dan buangkan semua ubat yang lama atau luput tarikhnya. Minta bantuan ahli farmasi untuk menyemak semua ubat yang sedang diambil. Maklumkan juga tentang semua ubat am, vitamin, suplemen kesihatan dan ubat herba yang diambil.

Ikuti GPSBestari di twitter dan instagram

Sekian sahaja panduan pengambilan ubat yang kami kongsikan hari ini, kepada yang masih lagi sihat, pastikan anda menjaga kesihatan dengan baik, kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

S: myhealth.gov.my/

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA