Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiPanduan membeli buku latihan anak, Cikgu Hakim kongsi tip mudah
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Panduan membeli buku latihan anak, Cikgu Hakim kongsi tip mudah

Setiap ibu bapa pastinya mahu anak masing-masing berjaya dalam pelajaran.

Kerana itu, mereka sanggup berusaha mendapatkan apa sahaja termasuklah membeli koleksi buku latihan akademik untuk anak membuat latihan di rumah.

Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkata, dirinya sering dihujani pelbagai soalan berkenaan pembelian buku latihan yang sesuai untuk murid.

“Ada mak ayah yang whatsapp saya dan bertanyakan jenis buku aktiviti yang patut mereka belikan buat anak kesayangan.

“Jadi, dengan sedikit pengalaman yang ada, saya kongsikan disini, panduan memilih buku aktiviti atau buku latihan buat murid-murid.

“Moga dapat dijadikan rujukan buat ibu ayah nanti,” kata guru ini kepada GPSBestari. 

Mari ikuti panduan berkenaan.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

*****

Saya sertakan beberapa panduan buat mak ayah yang ingin memilih buku aktiviti buat anak masing-masing.

IKLAN

Pada saya, rata-rata buku di pasaran semua bagus. Kalau tak bagus, tak akan dipasarkan di seluruh Malaysia. Pihak penerbit tak akan ambil risiko untuk pasarkan buku yang tidak berkualiti.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Cumanya sebagai ibu bapa, kalian wajib untuk pastikan beberapa perkara ini terlebih dahulu.

1) Tahap penguasaan anak-anak

Sebelum membeli sesebuah buku aktiviti, kenal pasti di mana tahap penguasaan anak-anak terlebih dahulu. Tak semua jenis buku itu sesuai dengan anak kita.

Sebagai contoh…

Seorang murid yang belum kuasai operasi asas tetapi diberikan buku latihan KBAT, saya jamin buku itu akan dibiarkan kosong sahaja. Tak berjawab dek kerana level buku tersebut yang jauh daripada anak kita. Kesannya, akan keluarkan alasan susah daripada mulut mereka.

IKLAN

Baca juga Membanggakan! 4 pelajar Malaysia kuasai tempat teratas peperiksaan ACCA dunia 

Baca juga Ibu ayah risau dengan penguasaan akademik anak-anak? Ikuti cara ini supaya PdPR lebih berkesan

2) Beli buku bagi tahun yang sebelumnya

Ini tip yang selalu saya beri pada ibu bapa. Jika anak berada di Tahun Lima, belikan mereka buku aktiviti Tahun Empat.

Eh, bukan itu downgrade ke cikgu?

Tak. Subjek Matematik ni lain.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Pexels.

Biasanya setiap tajuk dalam Matematik ini dibawa dari Tahun Satu. Cuma berubah dari segi nombor dan aras penyoalannya.

Jadi kita cuba anak-anak dengan soalan-soalan yang mereka dah pelajari pada tahun lalu. Dengan harapan mereka lebih bersedia dengan tajuk-tajuk yang akan datang.

Ini juga dipanggil sebagai proses pengukuhan.

3) Minta nasihat guru yang mengajar

Ini antara cara yang berkesan. Guru yang mengajar lebih kenal potensi murid-murid mereka. Jadi mintalah pandangan dan khidmat nasihat dari mereka. Saya yakin, ia akan sangat membantu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel Berkaitan

MESTI BACA