HomeKomunitiPandelela kongsi pengalaman hidup dalam webinar anjuran UNIMAS
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pandelela kongsi pengalaman hidup dalam webinar anjuran UNIMAS

Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong berkongsi pengalaman hidup dan penglibatan beliau dalam sukan renang menerusi webinar bertajuk “Becoming World Class Diver: Pandelela’s Story” yang diadakan, baru-baru ini.

Webinar tersebut diadakan bersempena dengan penutupan Program KITA 2021 dengan tema “A Date with Pandelela Rinong at the Closing Ceremony of Kita Aktif! Kita Sihat!” anjuran bersama Pusat Kepimpinan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pusat Kesihatan UNIMAS dan Arena Tun Tuanku Haji Bujang UNIMAS.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata penglibatan atlet terkenal seperti Pandelela Rinong boleh memberi inspirasi kepada generasi muda untuk cekal dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan tidak kira apa juga bidang sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Sesi bersama Pandelela ini juga dilihat dapat menarik generasi muda untuk mencintai bidang sukan sekali gus mementingkan budaya gaya hidup sihat termasuk kesihatan mental.

IKLAN

Program KITA 2021 adalah satu inisiatif universiti untuk memperkasakan gaya hidup sihat dengan bersukan, memupuk nilai kerjasama antara rakan, melahirkan mentaliti positif dalam kalangan warga staf dan pelajar UNIMAS serta komuniti setempat.

IKLAN

Di samping itu, ia juga salah satu usaha universiti dalam menyumbang kepada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2021-2022 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sejak dilancarkan, program ini telah berjaya menerima penyertaan berjumlah lebih dari 5,000 peserta termasuk penyertaan dari luar untuk 14 sesi webinar.

IKLAN

Webinar KITA 2021 yang dibuat secara langsung melalui Facebook Live turut menyediakan topik-topik menarik yang disampaikan oleh pakar-pakar UNIMAS, yang berkisar kepada penjagaan kesihatan fizikal dan mental, kepentingan pemakanan seimbang, pengurusan stres, kemahiran dalam menghadapi situasi kecemasan dan kemahiran CPR, kepentingan untuk aktif dalam sukan serta tatacara betul penggunaan alatan sukan dan beriadah.

Program ini juga menerima penyertaan sebanyak 111 peserta dalam kalangan staf UNIMAS untuk Pertandingan Kategori Individu – “Saya Aktif! Saya Sihat!” yang berfokuskan kepada penjagaan kesihatan individu seperti penurunan berat badan, pengawalan kadar kolesterol dan gula serta tekanan darah tinggi.

Sebanyak 17 Pusat Tanggungjawab (PTj) UNIMAS pula telah menghantar penyertaan untuk Kategori PTj – “PTj Aktif! PTj Sihat!” yang menekankan komitmen dan semangat PTj dalam membentuk budaya tempat kerja yang mementingkan staf yang aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA