HomeKomunitiNegara - negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahu
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Negara – negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahu

Berapa sebenarnya jumlah negara di dunia ini? Terlampau banyak! Mungkin anda sendiri pun tidak pernah tahu berapakah jumlah yang paling tepat.

Mungkin anda hanya mengetahui beberapa nama negara terkenal, itupun kerana negara-negara tersebut sering muncul dalam paparan sosial media anda.

Walaupun negara-negara yang disebut di bawah ini kurang dikenali, dengan mengetahui negara-negara tersebut sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan geografi antarabangsa anda.

Jadi, kami di GPSBestari menyenaraikan lima buah negara yang anda mungkin tidak pernah dengar sebelum ini.

BACA JUGA: Pusat Pemberian Vaksin IPT kini beroperasi seluruh negara, ini cara universiti tangani Covid-19 hingga dapat pujian ramai

BACA JUGA: UTeM tersenarai universiti terbaik dunia

Tonga

Bendera negara Tonga | bendera dunia
Bendera negara Tonga ©Britannica

Negara ini terletak di kawasan Oceania dan mempunyai lebih 177 pulau yang sangat indah. Hasil utama ekonomi negara ini adalah melalui aktiviti pelancongan. Jika anda ingin ke sini satu hari nanti, anda akan menikmati percutian bersama alam semula jadi.

Eswatini

IKLAN

bendera negara Eswatini  | bendera dunia
Bendera negara Eswatini © Wikipedia

Mungkin antara sebab anda tidak pernah mendengar kerana negara ini dahulunya dikenali sebagai Swaziland sehingga tahun 2018.

Negara kecil ini terletak di antara Afrika Selatan dan Mozambique, dan diperintah oleh seorang raja yang bernama Mswati III.

BACA JUGA: Kerjasama EMGS dan Malaysia Airlines terbangkan pelajar dari Jepun

Seperti kawasan-kawasan lain di Afrika, negara Eswatini turut mempunyai habitat kehidupan liar yang sangat banyak. Anda boleh menjumpai haiwan seperti hippo, antelopes dan singa dengan mudah. Kos sara hidup di negara ini juga lebih murah dari negara sekelilingnya.

Selain mempunyai habitat kehidupan liar yang sangat banyak, Eswatini juga mempunyai landskap bumi yang sangat cantik, banyak gunung ganang, air terjun dan juga sungai yang sangat sesuai dengan aktiviti berakit!

Kepulauan Comoros

IKLAN

Bendera negara Comoros  | bendera
Bendera negara Comoros © Wikipedia

Negara ini merangkumi tiga kepulauan kecil yang terletak berhampiran kawasan Tenggara Afrika.

Comoros juga dikenali kerana kepelbagaian biologi. Jika anda sedang melepak di kawasan pantai negara ini, kebarangkalian untuk menemui ikan paus humpback adalah sangat tinggi. Anda juga boleh menjumpai terumbu karang yang masih berada dalam keadaan original di sini.

BACA JUGA: Jepun masih guna papan hitam dan kapur dalam PdPC, rupa-rupanya kerana sebab ini…

Selain dikenali kerana keindahan alam sekitar, Kepulauan Comoros juga terkenal dengan bau-bauan yang sangat harum. Oleh itu, ramai pengembara menggelarkan kepulauan ini sebagai “Perfume Isles”. Ini kerana haruman bunga sering meresap ke dalam embun dan membuatkan kepulauan ini sentiasa berbau harum.

Kiribati

IKLAN

Bendera negara Kiribati  | bendera
Bendera negara Kiribati © Britannia

Negara ini terletak di Lautan Pasifik, dan mempunyai lebih kurang 100,000 orang penduduk di dalam keluasan sekitar 500 batu persegi.

Meskipun bukanlah sebuah negara yang besar, tapi Kiribati sebuah negara yang sangat aman dimana semua orang boleh menikmati keindahan semulajadi dan mendapatkan percutian yang selesa.

São Tomé and Príncipe

Bendera São Tomé and Príncipe  | bendera dunia
Bendera São Tomé and Príncipe ©Wikipedia

Dikelilingi pokok kelapa sawit, serta pokok-pokok yang tinggi. Negara ini sebenarnya merupakan bekas wilayah jajahan Portugal, dan negara ini mendapat kemerdekaan pada tahun 1975.

Seperti negara-negara lain yang disenaraikan di atas, ekonomi São Tomé and Principe adalah pada aktiviti pelancongan. Pentadbiran negara ini bijak menyeimbangkan keindahan alam semula jadi dan juga pembangunan negara.

Banyak lagi sebenarnya negara-negara yang kurang dikenali yang ada di dunia ini. Jika anda cuba untuk mencari negara-negara tersebut, pasti anda bakal terpesona dengan keindahan yang ada.

Jom ikuti kami di twitter

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA