HomeKomunitiMSU lancar sambutan Hari Kebangsaan, 'MSU MyDay 2021: MSU Prihatin' bawa mesej...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

MSU lancar sambutan Hari Kebangsaan, ‘MSU MyDay 2021: MSU Prihatin’ bawa mesej bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM – Management and Science University (MSU) meneruskan kesinambungan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 dengan pelancaran program “MSU MyDay 2021: MSU Prihatin” di kampus induknya di sini, Selasa lalu.

Sambutan secara maya itu sebagai medium warga MSU dan Kolej MSU menzahirkan semangat patriotisme serta menghayati peranan dan sumbangan generasi terdahulu dalam membangunkan serta mempertahankan kedaulatan negara.

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid. Turut hadir, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan MSU.

Secara keseluruhannya, lebih 2,500 staf dan pelajar mengikuti program menerusi platfom Zoom dan YouTube.

IKLAN

Program sama turut diadakan di peringkat institusi collegiate MSU iaitu Kolej MSU di Sungai Petani, Pulau Pinang, Ipoh, Sentral Seremban, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Sarawak serta Sabah.

“MSU MyDay 2021: MSU Prihatin” merupakan inisiatif Jabatan Pembangunan Kerjaya dan Pelajar (SCD) serta selaras dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 iaitu Malaysia Prihatin.

Kemeriahan sambutan “MSU MyDay 2021: MSU Prihatin” menyaksikan warga MSU masing-masing mengenakan busana tradisional mengikut etnik utama di Malaysia.

IKLAN

Pelancaran program dimulai dengan video persembahan Cabaran Zapin dan Intan Payung iaitu kombinasi unik tarian genre tradisional dan moden yang dijayakan oleh pelajar Performing Arts and Cultural Club (PACC), MSU.

IKLAN

Simbolik pelancaran “MSU MyDay 2021: MSU Prihatin” menyaksikan penyerahan kotak sumbangan makanan dan wang tunai kepada wakil sukarelawan MSU Cares, Mohd Sufyan Shamsir yang juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) bagi mewakili 100 sukarelawan iaitu staf dan pelajar.

MSU Cares adalah program kesukarelawan MSU khusus membantu kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan.

Misi terkini MSU Cares melibatkan pengagihan bantuan kepada lebih 1,000 buah keluarga kategori B40 di seluruh negara yang terkesan penularan pandemik Covid-19.

Kemuncak program ialah penyerahan bendera Malaysia dan watikah Rukun Negara kepada wakil pelajar iaitu Xie Cheng Jie, pelajar program Bachelor in Nursing dan Danielle Valerinna Anak Charles, pelajar program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) yang mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA