Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiMelestarikan PLC dalam kalangan tenaga pengajar
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Melestarikan PLC dalam kalangan tenaga pengajar

Proses penyampaian ilmu dalam dunia pendidikan hari ini bukan satu proses yang mudah di mana para pendidik perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dengan baik.

Tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seorang guru adalah satu tugasan berat di mana guru sebagai fasilitator dalam membimbing para pelajar semasa proses pembelajaran bagi mencapai standard yang digariskan.

Susulan itu, bagi melaksanakan proses pengajaran berkesan, satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau disebut sebagai Professional Learning Community (PLC), telah diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti para pendidik semasa sesi pengajaran.

Sehubungan itu, proses Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) yang dijalankan sepanjang musim pandemik ini sangat memerlukan PLC bagi menjayakan usaha kerajaan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara demi membentuk modal insan yang berkualiti.

IKLAN

Menurut mantan pensyarah, Dr Abdul Razak Othman, melalui PLC para guru akan belajar secara profesional dan komited untuk memantapkan lagi proses pendidikan di negara ini.

Melalui PLC, para guru perlu meletakkan komitmen secara berterusan bagi membantu dan memastikan proses pembelajaran para pelajar mencapai tahap yang positif.

Oleh itu, bagi melahirkan insan yang berkualiti, para guru perlu mempunyai minda yang terbuka dalam menjana idea yang bernas untuk masa depan yang cemerlang.

IKLAN

“Para guru perlu bertindak segera dalam membuat penambahbaikan dari pelbagai sudut agar pelajar-pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dengan baik.

“Paling penting di sini, seorang guru perlu sedar bahawa tanggungjawab pendidik adalah untuk mengajar dan membantu para pelajar menjadi individu yang berjaya dan berbakti kepada negara,” ujar beliau.

IKLAN

Mengulas mengenai pelaksanaan PLC semasa musim pandemik ini, Dr Razak berkata, para guru perlu berganding bahu dalam mengatasi cabaran PdPR dengan menerokai PLC secara lebih mendalam bagi memantapkan lagi amalan pengajaran pada masa ini.

Untuk itu, para guru perlu menggunakan konsep kolaboratif dalam satu komuniti pendidik sebagai usaha mengubah cara pengajaran daripada konsep pengajaran secara bersemuka kepada konsep pembelajaran di rumah.

“Kepentingan seorang guru dalam mentadbir adalah memahami konsep dan cara untuk menggunakan alat kolaboratif dengan baik, seterusnya berkongsi kaedah tersebut dengan rakan-rakan guru yang lain,” tambahnya sebelum mengakhiri bicara.

Sumber: Memperkasa PLC dalam Norma Baharu, Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA