HomeKomunitiKeputusan eGTukar: Para guru kongsi kisah sebak, suka dan duka
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Keputusan eGTukar: Para guru kongsi kisah sebak, suka dan duka

Tarikh 6 Disember 2021, pastinya menjadi tarikh yang paling ditunggu-tunggu bagi oleh para guru yang sudah sekian lama berkhidmat jauh di perantauan, berjauhan daripada keluarga dan suami isteri yang terpaksa melalui proses hubungan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan tugas mendidik anak bangsa.

Hari ini penantian guru-guru akhirnya terjawab apabila keputusan permohonan pertukaran melalui eGTukar diumumkan.

Bagi yang masih belum menyemak keputusan, anda boleh berbuat demikian melalui pautan https://epgo.moe.gov.my.

GPSBestari tertarik untuk berkongsi pelbagai luahan perasaan suka, duka dan sebak yang dibuat oleh guru-guru di laman Facebook masing-masing sekali gus yang dilihat mewarnai coretan kisah-kisah seorang pendidik yang berada di perantauan kerana menabur bakti berkhidmat untuk anak bangsa.

BACA JUGA: Berita gembira buat guru, keputusan eGTukar bakal diumumkan tidak lama lagi
BACA JUGA: Silibus jenayah rasuah di sekolah, didik golongan muda

IKLAN

Bagi yang mendapat berita gembira, mungkin suasana di kampung halaman sudah mula bermain-main di minda tatkala membaca keputusan tersebut. Bukan kerana tidak bersyukur di negeri sekarang, tetapi mungkin kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Ikuti beberapa perkongsian yang dibuat oleh warga pendidik di bawah ini.

**
Nur Afifah Salleh yang berjaya berpindah ke negeri kelahirannya, Kelantan, meluahkan rasa kesyukuran apabila permohonan dia bersama suami diluluskan.
Namun pada masa yang sama sebak kerana tidak dapat berkongsi berita gembira tersebut bersama ayahandanya.
*
#DiariUmmi
“Abah, Pah minta eGtukar tahun ni. Lama dah Pah merantau. Sejak sekolah menengah lagi Pah belajar negeri orang. Balik nak jaga ma abah pula. Abah ma pun makin uzur,” perbualan dengan abah pada awal tahun ini.
“Moleklah.” Ujar Abah tanpa mengulas panjang. Mungkin ‘rasa’ tidak sempat dengan keputusan ini.
Pagi ni suami buka eg tukar. Menjerit dia di pagi hari.
‘Kenapa tu?’ tanyaku ketika sedang siapkan sarapan.
‘Kita dapat tukar!’ jerit suamiku dari bilik.
‘ Betul ko?’ tanyaku.
“Betul cuba cek. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.’
Abah, Pah dapat tukar KELANTAN. Pah dapat duduk dekat dengan abah. Walau tak sempat jaga abah tapi pah boleh pergi ziarah kubur abah. Dekat dengan kubur abah ”
Abah, Pah balik ni😭
Sayang abah hingga syurga ❤️

IKLAN

***
Muhammad Syauqi yang bakal berpindah ke negeri Perak pula berkongsi rasa gembira bercampur sebak kerana akan meninggalkan bumi Kenyalang setelah lapan tahun berkhidmat.
*
Berakhirnya kehidupan di pedalaman Sarawak. (April 2014-Disember 2021)
Pindah, bukan kerana tak suka. Cuma, mungkin dah tiba masa.
Meninggalkan tanah ini pastinya berat, setelah hampir lapan tahun berkhidmat. Tambah pula bila hati sudah jatuh cinta di sesuatu tempat.

BACA JUGA: NUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah
BACA JUGA: Sekolah bawa masuk Ultraman. Murid-murid teruja dan tak sabar nak tengok dekat-dekat!

***
Pengguna Cikgu Jie turut berkongsi berita gembira apabila diluluskan berpindah ke negeri Terengganu.
Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsi gelagat isterinya yang mula gelisah jika hanya suaminya sahaja yang diluluskan permohonan.
*
Pagi tadi tergerak hati nak buka eGTukar, bila klik eh asal lain web eGTukar haha, rupanya yang baharu.
Bila telefon isteri, Nur Zuriani dan bagitau, dia dah mula gelabah, siapa nak jaga anak la…macam-macam difikirnya padahal dia pun belum buat semakan.
Alhamdulillah rezeki tahun 2021…kami berdua dapat tukar ke Negeri Darul Iman.
Pengalaman 14 tahun ini akan dibawa bersama untuk terus memacu tugas sebagai GBKSM (Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa). Insyaallah akan CJ (Cikgu Jie) laksanakan sehabis baik demi memartabatkan bidang kaunseling tercinta.
Terima kasih mantan bos yg menyokong penuh Puan Hjh Czarr Zarina dan bonda Rosziah Johar, semua rakan-rakan GBK JB, warga sekolah MJ tercinta, tidak lupa warga sekolah lama SKMKJ, seluruh warga kampung Maju Jaya, Kg Sinaran, Kg Sri Aman dan sekitarnya, Bos-bos CJ di PPDJB, JPNJ, FAST dan semua yang mengenali diri CJ.
“BIAR JASA JADI KENANGAN”.

IKLAN

***
Bagi pengguna Aliza Ja’afar, beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berjaya dalam permohonan mereka.
Beliau turut berharap peluang yang diberikan tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk berkhidmat di negeri asal.
*
Sejak pagi tadi home fb saya dipenuhi dengan berita gembira #egtukar
Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya, yang belum berjaya, inshaAllah satu hari nanti rezeki anda pula.
Terima kasih rakan-rakan guru semenanjung atas khidmat bakti di negeri Sarawak dan di daerah Matu, #skkualamatu khususnya. Selamat kembali ke pangkuan keluarga dan selamat menabur bakti di negeri sendiri pula. Bukan mudah untuk survive di negeri orang, jauh dari keluarga, tahniah, tahniah, tahniah. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

***

GPSBestari mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, masa kalian bakal tiba.

Teruskan mendidik anak bangsa kita demi Malaysia tercinta.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA