HomeKomunitiKadar pengangguran semakin meningkat, graduan perlu ubah pemikiran
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kadar pengangguran semakin meningkat, graduan perlu ubah pemikiran

Impian dan cita-cita untuk memiliki kerjaya yang baik sekali gus setaraf dengan kelayakan dan tahap pendidikan semasa belajar adalah harapan semua graduan yang baru menamatkan pengajian di mana-mana institusi pendidikan.

Status kehidupan yang memerlukan kos sara hidup tinggi mendesak mereka untuk mendapatkan posisi yang terbaik dalam sektor pekerjaan.

Namun malangnya, keadaan negara yang kini menghadapi kemerosotan ekonomi akibat penularan virus Covid-19, sedikit sebanyak mengekang hasrat mereka di mana banyak sektor pekerjaan yang menangguhkan pengambilan pekerja baharu.

Negara pada hari ini, menyaksikan ramai yang dibuang kerja, tidak kurang ramai turut mengalami kekurangan pendapatan dan ada juga syarikat yang terpaksa ‘gulung tikar’.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Secara tidak langsung ia memberi impak yang mendalam terhadap emosi para graduan.

IKLAN

Tidak dinafikan ada juga para graduan yang berjaya mendapat pekerjaan namun malangnya gaji yang ditawarkan sangat rendah dan tidak setaraf dengan kelayakan mereka.

Jumlah gaji yang sedikit menyebabkan mereka berasa tidak berbaloi dengan usaha mereka untuk menamatkan pengajian.

Bagaimanapun, para graduan perlu mengubah perspektif pemikiran kerana keadaan negara tidak akan pulih dalam masa yang terdekat. Keadaan ekonomi yang kian gawat ini memerlukan masa yang agak lama untuk proses pemulihan.

IKLAN

Oleh itu, mahu tidak mahu para graduan perlu membuang sikap menyalahkan pihak kerajaan di mana kononnya kerajaan tidak melakukan transformasi ekonomi.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Tindakan menuding jari ini harus dielakkan kerana sikap ini tidak wajar ada pada diri individu yang bergelar graduan.

IKLAN

Sehubungan itu, dalam mendepani masalah ini setiap graduan perlu berani mengambil risiko untuk mencuba perkara dan ceburi bidang baharu.

Biarpun mempunyai tahap pendidikan yang berlainan tetapi dengan mengambil langkah yang proaktif ini, para graduan sekali gus dapat mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran diri.

Sifat malu dengan persepsi sekeliling perlu dibuang sejauh mungkin demi kejayaan diri sendiri.

Dalam tempoh masa yang membataskan segala aktiviti ini, para graduan perlu menyesuaikan diri dengan mengambil peluang melakukan pelbagai pekerjaan bagi menjana pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sumber Youtube: ML Studios, Masalah pengangguran yang kian meningkat

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA