HomeKomunitiJakoa bantu proses pembelajaran anak-anak Orang Asli
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Jakoa bantu proses pembelajaran anak-anak Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) merupakan satu pertubuhan khas yang membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Pertubuhan ini dibangunkan hampir di semua negeri bagi mentadbir dan menguruskan kependudukan Orang Asli di Malaysia.

Namun, dalam penulisan kali ini, GPSBestari terpanggil untuk mengikuti perkembangan Jakoa di daerah Kluang, Johor.

Rata-rata masyarakat tidak tahu bahawa daerah Kluang mempunyai populasi penduduk Orang Asli yang agak ramai iaitu sebanyak 540 buah kir (keluarga) daripada 13 buah kampung.

Foto: Sumber Internet

Antara kampung yang terlibat adalah seperti Kampung Tanah Runtuh, Kampung Tereh, Kampung Seri Kenangan, Kampung Seri Tanjung, Kampung Punjut, Kampung Air Pasir, Kampung Sengka, Kampung Sedohok, Kampung Berasau, Kampung Sungai Peroh, Kampung Puncur, Kampung Layang-layang, dan Persekitaran Bandar Kluang.

IKLAN

Bagi memudahkan dan memastikan para pelajar daripada kalangan Orang Asli dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik, Jakoa telah menyalurkan beberapa sumbangan dalam pelbagai bentuk.

Sebelum negara mengalami kemerosotan daripada segi kesihatan, Jakoa telah menyalurkan sumbangan seperti kelengkapan pakaian sekolah, tuntutan yuran bulanan, tuntutan wang saku harian, bantuan kelengkapan bagi pelajar yang tinggal di asrama, tuntutan tambang kenderaan dari kampung ke sekolah, tambahan liputan internet, dan penambahbaikan insfrastruktur asas yang lain.

Namun kemudahan-kemudahan yang disalurkan itu bagai satu persiapan apabila negara hari ini mengeluarkan arahan agar proses pembelajaran dilakukan secara dalam talian sahaja.

IKLAN

Inisiatif yang diambil oleh Jakoa sangat memberi manfaat kepada para pelajar pada hari ini memandangkan rangkaian internet di kampung mereka bermasalah.

Sumbangan ini sekaligus dapat meringankan beban para pelajar semasa menjalani proses pembelajaran dengan baik sekaligus memudahkan mereka untuk mencari bahan-bahan rujukan di internet.

Apa yang menariknya, Jakoa turut menyumbangkan tenaga solar bagi menyalurkan tenaga elektrik kepada beberapa buah tadika.

Ini menunjukkan bahawa Jakoa sangat mengutamakan keselesaan masyarakat orang asli khususnya para pelajar kerana generasi inilah yang bakal mencorak negara pada masa hadapan.

IKLAN

Oleh itu, dengan wujudnya kemudahan asas seperti pencawang elektrik dan kemudahan internet, para pelajar boleh belajar dalam keadaan selesa dan tenang.

Ini kerana, sebelum ini ada segelintir daripada mereka yang terpaksa belajar dalam keadaan gelap tanpa cahaya lampu disebabkan masalah elektrik.

Semoga para pelajar ini dapat menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaik-baiknya demi menimba ilmu pengetahuan.

Diharapkan usaha yang dilakukan oleh pihak Jakoa ini, mampu membantu mereka berinteraksi dengan dunia luar sekali gus dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang perubahan yang berlaku dalam dunia yang serba canggih ini.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA