HomeKomuniti“Apa yang kau buat untuk bantu Matiin eh? Nampak dia ok je?...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

“Apa yang kau buat untuk bantu Matiin eh? Nampak dia ok je? Tak nampak pun macam autisme”

Resah dan risau, itulah antara perasaan yang dihadapi oleh para ibu bapa ketika anak-anak mereka disahkan autism, kerana tiada siapa yang mahu melihat anak-anak mereka menghadapi kesukaran pada masa depan.

Oleh itu ibu bapa perlulah sentiasa memerhatikan anak-anak pada 3 tahun pertama kerana tanda-tanda autisme biasanya akan muncul pada waktu tersebut.

Antara ciri-ciri autisme yang perlu diperhatikan seperti anaktidak suka bersosial dengan orang lain, sering melakukan perbuatan yang sama berulang kali, suka membuat aktiviti bersendirian, tidak mempunyai minat dalam sebarang aktiviti dan banyak lagi.

Selain itu, anak autism ini juga tak banyak cakap dan tidak memandang muka orang di hadapannya.

Jika ada sebarang tanda-tanda di atas, disarankan untuk berjumpa dengan pakar bagi melakukan diagnosis.

Namun jangan risau, sebenarnya banyak kajian yang menunjukkan bahawa intervensi pada peringkat awal membawa kepada hasil yang positif pada kemudian hari untuk pengidap autisme.

Mari kita ikuti perkongsian seorang guru, Firdauz Abdullah, berkenaan langkah-langkah yang dilakukan bagi merawat masalah autisme anaknya sehingga kelihatan seperti kanak-kanak normal yang lain.

*
“Cikgu, Matiin autisme kan? kongsilah cerita macam mana cikgu didik Matiin”

“Apa yang kau buat untuk bantu Matiin eh? Nampak dia ok je? Tak nampak pun macam autisme”

Pengalaman kami dan anak autisme? Fuh! Panjang kalau nak dikarang secara terperinci.
Tapi tak mengapalah, aku coretkan secara ringkas kali ini agar kita semua beroleh sesuatu darinya.

Ingin aku nyatakan dahulu, kami sebagai ibu bapa tak pernah merasakan diri kami ini sempurna dan betul sentiasa.

INTERVENSI AUTISM | BACA JUGA: Cacat penglihatan tak halang Siti Aisah raih Anugerah Guru Cemerlang

INTERVENSI AUTISM | BACA JUGA: Murid prasekolah teruja Iron Man datang sekolah. Kejutan yang menjadi!

Pandangan dan teguran dari ahli yang pakar dalam bidang keibubapaan, pendidikan juga intervensi sentiasa menjadi asas kepada pertimbangan sebelum kami melaksanakan sesuatu tindakan.

Tak akan kami nak membuta tuli dan dengar sahaja apa benda yang orang cadangkan ye dak? Tak terancanglah jadinya nanti.

Maka, kepada sesiapa yang merasakan ‘sesuatu’ kelainan pada anak-anak mereka seawal usia mereka 16 bulan, lakukanlah saringan menggunakan M-Chat-R (Modified Checklist for Autism in Toddlers – Revised) yang ada di dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (Biru atau Pink tu).

Jangan korang skip muka surat tu weh!

Kenapa penting? Sebab ia adalah maklumat yang akan digunakan oleh pengamal perubatan untuk melihat perkembangan kanak-kanak tersebut.

Jika terdapat keperluan, mereka akan merujuk anak ini kepada Pakar Kanak-kanak/Pakar Kesihatan Keluarga/Pakar Perundingan Psikiatri Kanak-kanak & Remaja.

Mari kita imbas kembali detik dan saat bersama anak bujang kami Ammar Matiin.
Seawal usianya dua tahun, kami mula nampak ciri-ciri autisme pada dirinya.

Tiada eye contact, kurang bertutur, lewat berbahasa, ulang perkataan yang sama (echolalia), ada rutin tertentu, minat hanya pada sesuatu benda, ada tingkah laku berulang dan menunjukkan reaksi sensitif pada tekstur, cahaya dan bunyi.

IKLAN

Bila kami dah nampak bahawa banyak tanda-tanda ini pada Matiin, tindakan seterusnya ialah bawa beliau berjumpa pakar kanak-kanak.

Dalam hal ini, kami terus pergi ke klinik pakar kanak-kanak swasta, sebab kami sangat faham bahawa keadaan di klinik atau hospital kerajaan pastinya lebih mengutamakan kes-kes yang lebih serius dan sudah lama dalam senarai menunggu mereka.

Pabila pemeriksaan dan penilaian dibuat oleh pakar tersebut selesai, beliau mencadangkan kami untuk Matiin dirujuk pula kepada pakar perkembangan kanak-kanak yang ada di Hospital Sultan Ismail.

Kami tak bertangguh dan bawa rujukan kepada hospital berkenaan hinggalah diberi tarikh untuk temujanji pertama.

Bermula dari saat itu dunia kami sekeluarga berubah 360 darjah
Yelah, bila tahu Matiin berkemungkinan seorang autisme (waktu tu belum sah diagnosis lagi) ibu bapa mana yang tak sedih dan gelabah kan?

Macam-macam lah dalam kepala ni berfikir.

“Kat mana Matiin nak dapatkan terapi? Kalau harapkan hospital, sebulan sekali je katanya”

“Terapi pertuturan pun kena hadir juga, kalau tak macam mana anak kami nak berkomunikasi nanti?”

“Aduh, sekolah mana yang boleh terima Matiin bila nak ke tadika? Dah la dia tak boleh urus diri, bercakap pun tak reti”

Stress!

Tapi tak bolehlah dilayangkan perasaan tu lama-lama, melarat dan memburukan keadaan sahaja nanti.

Jadi kami mula mencari sebanyak mungkin info tentang autisme dan cara-cara untuk membantu anak kami.

Pertama, kami tak pernah sibuk-sibuk mencari PUNCA kepada keadaan anak kami. Gila! Jenuh nak buat kajian mencari punca hingga boleh mengabaikan tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk membantu Matiin nanti.

Bab ini kami serahkan kepada yang pakar dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya. Yang mana kami boleh bagi kerjasama, sudah pasti kami hulurkan tangan.
Apa yang aku buat ialah mencari jalan untuk membantu Matiin dan diri kami untuk memahami keadaan ini dan cara mengatasi ujian yang ada.

IKLAN

Di sinilah perkataan INTERVENSI AWAL mula kami kenali dan selami.

Intervensi awal sangat-sangat membantu perkembangan anak kami, lebih awal diberi, maka lebih baik untuk mereka ini.

Intervensi tidak bermaksud merawat Matiin yang mengalami autisme hingga beliau sembuh dah berubah menjadi normal, tetapi ia akan membantu anak ini untuk mempelajari kemahiran asas yang akan meningkatkan aspek perkembangan mereka seperti fizikal, pengurusan diri, tingkah laku, kemahiran sosial dan pra akademik.

Kiranya, ia akan membantu anak-anak seperti Matiin untuk belajar dan memperoleh peluang pekerjaan seperti individu lain pada masa depan.

Peluang dan ruang jika diberikan, pastinya mereka juga boleh buktikan bahawa kekurangan bukanlah kekangan untuk mengapai kejayaan.

Kedua, selain terapi yang kami dapat melalui hospital, kami juga daftarkan Matiin ke pusat yang ada program intervensi awal (EIP) bagi kanak-kanak autisme berdekatan kediaman ini.

Selalu lah kami berulang alik ke sana sekerap 7x sebulan bagi program intensif bersama ahli terapi.

Dalam masa yang sama kami daftarkan juga Matiin untuk mengikuti terapi pertuturan, rezeki kami dapatlah juga slot di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Johor Bahru (3PK) selain dari pusat swasta.

INTERVENSI AUTISM | BACA JUGA: RM500,000 untuk Yayasan Didik Negara

INTERVENSI AUTISM | BACA JUGA: PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

Korang kena ingat satu perkara, sebanyak mana atau sehebat mana pun ahli terapi atau guru itu, ia tidak akan dapat mengganti korang sebagai ibu bapa!

Jadi kami sentiasa belajar dari mereka yang pakar ini dan jalankan intervensi itu dirumah pula. Kata kunci disini ialah KESINAMBUNGAN, kau tak boleh setakat hantar dan harap ada perubahan pada anak.

intervensi autism
Ammar Matiin bin Ahmad Firdauz, kini 7 tahun dan bersekolah di Genius Kurnia | intervensi autism

IKLAN

Tak mungkin!

Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab, jadilah sebahagian dari hidup anak ini. Berikanlah masa yang berkualiti buat mereka, itulah sebaik-sebaik intervensi yang ada.
Aku pernah kemalangan kerana tertidur sewaktu hendak mengambil Matiin dari playschool dan menghantar beliau ke EIP dek kerana kepenatan. JB – Pontian – Skudai, memang penat sungguh bila perlu berulang alik begitu.

Ia bukan mudah tapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil untuk ibu dan bapa kepada anak anugerah Tuhan yang terindah ini.

Kita kuat kerana mereka.

Ketiga, sentiasalah jadi ’the biggest supporter’ kepada pasangan kita.

Aku kena ingatkan korang semua termasuk diri aku sendiri. Perkahwinan ini penuh dengan ujian, keadaan anak kita juga sebahagian darinya.

Janganlah lepas tanggungjawab itu hanya kepada pasangan, mereka juga pasti kepenatan lama kelamaan hingga boleh menjejaskan kesihatan.

Sentiasalah berbincang, bertanya dan meluah isi hati agar tiada siapa yang memendam.
Biar kita sama sepakat dengan apa yang perlu dibuat untuk anak ini agar ia tidak terlewat.
Aku dululah manusia yang paling kecewa dengan keadaan Matiin, aku jugalah yang paling sedih… tak mahu terima kenyataan!

Tetapi isteri akulah yang sentiasa disisi untuk menenang dan merasionalkan diri ini.. agar tidak terlalu mengikut emosi.

Begitu jugalah aku kepada isteri, bila rumah tangga harmoni, impaknya juga terpias kepada perkembangan emosi dan intelektual anak-anak ini.

Percayalah, tidak ada perkara yang mudah dalam hidup ini, tetapi percayalah juga, bahawa tiada apa juga yang mustahil untuk kita lakukan.

Usahakanlah apa yang boleh di dalam ruang lingkup kita, letakkanlah pengharapan didalam setiap perbuatan dan tindakan, usahlah putus mendoakan.

Pada kami, melihat Matiin mampu berdikari, mencari rezeki, dan mempunyai hidup pilihan sendiri sudah mencukupi untuk kami berasa tenang disaat kami menutup mata nanti.

INTERVENSI AUTISM | IKUTI GPSBESTARI DI TWITTER DAN INSTAGRAM

Oleh kerana itu, hingga ke saat ini kami tidak pernah berhenti berusaha dan melakukan intervensi kepada Matiin walaupun dia sangat berbeza dari bertahun-tahun dahulu.

Kami juga sentiasa meletakkan empati melebihi sempati agar anak kami mampu berdikari sebaiknya dengan kudrat sendiri.

Buat ibu bapa diluar sana, korang semua kuat! Bukan mudah mengalah dan sentiasa mahukan yang terbaik.

Teruskan usaha dan ayuh kita menyokong satu sama lain, tanpa anda semua, dunia tidak akan mengenali anak kita dan kelebihan mereka ini.

Walaupun sesekali kita terasa lelah, renunglah wajah anak istimewa ini, dan ketahuilah bahawa betapa dekatnya kita dengan syurga Ilahi…

Firdauz Abdullah
Bapa – Cikgu Anak Autisme
*Ammar Matiin bin Ahmad Firdauz, kini 7 tahun dan bersekolah di Genius Kurnia.
Suka bergaya – banyak cakap – suka complaint – dan hebat membuat binaan sama ada secara maujud atau 3D.
Oh dia juga seorang pelawak dalam kelas dan loyar buruk ikut bapak

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA