HomeKomunitiIbu bapa bawa anak melancong dengan selamat, 5 jenis lokasi yang boleh...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ibu bapa bawa anak melancong dengan selamat, 5 jenis lokasi yang boleh dilawati untuk mengurangkan stres

Sepanjang tempoh PKP semua perkara kita buat di rumah. Ibu bapa buat kerja di rumah, anak-anak belajar di rumah, malah guru-guru pun mengajar dari rumah.

Namun apabila asyik di rumah sahaja, sudah pasti ramai yang akan merasa stres. Mana tidaknya, 24 jam hanya menghadap perkara yang sama sahaja.

Oleh itu, apa kata kita bersiar-siar untuk mengurangkan rasa stres tersebut.

Pada kali ini, khusus untuk orang Selangor, GPSBestari menyenaraikan jenis-jenis tempat di negeri ini yang boleh dilawati oleh semua orang tanpa mengira bangsa.

Namun, harus diingatkan, teruslah mengikuti dan mematuhi langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk terus membendung penularan wabak Covid-19. Ikuti SOP seperti memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mempraktikkan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada.

1) Tempat Pemandangan Cantik

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat yang menawarkan pemandangan indah untuk anda nikmati.

IKLAN

Pemandangan indah ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat penggambaran atau tempat untuk beristirahat bersama keluarga dan kenalan. Tempat yang mempunyai pemandangan indah di sekitar Selangor adalah berkonsepkan semula jadi, mahupun buatan manusia.

Tempat-tempat yang anda boleh lawati adalah seperti Sky Mirror Kuala Selangor, i-City Shah Alam, Pekan Sekinchan, Sabak Bernam dan juga Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam.

2) Tempat Makan
Sudah tentu ketika waktu begini, kita tidak boleh tinggalkan kategori aktiviti yang paling digemari ramai iaitu, makan! Selain daripada bersantai bersama keluarga dan kenalan sambil menikmati makanan yang terhidang, anda juga boleh menyaksikan kemakmuran masyarakat apabila pelanggan yang berbeza kaum dan bangsa duduk bersama di satu meja makan.

Antara tempat makan yang terkenal dalam kalangan semua bangsa adalah Kopitiam seperti Chong Kok Kopitiam dan Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam, serta tempat makan durian seperti Durian SS2 dan Durianity. Anda juga boleh singgah ke SS15, Subang Jaya yang merupakan salah satu syurga makanan di Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan tempat makan seperti Nomms, Jibril dan Gold Chili.

IKLAN

3) Pantai dan Taman
Anda juga boleh meluangkan masa cuti bersama keluarga tersayang dengan mengadakan aktiviti perkelahan atau riadah. Taman riadah di Selangor kebanyakannya dilengkapi dengan pemandangan indah dan kemudahan yang mencukupi.

Selain daripada taman, pantai juga merupakan lokasi yang sesuai yang boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat, dan pada masa yang sama, mengukuhkan semangat perpaduan.

Pantai dan taman yang boleh dilawati di Negeri Selangor termasuk Pantai Remis, Pantai Morib, Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Tasik Cyberjaya.

4) Tempat Pendakian
Aktiviti mendaki juga merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan kaum.

IKLAN

Mendaki merupakan salah satu aktiviti yang mampu membantu anda mendapatkan fizikal dan mental yang sihat kerana aktiviti ini memerlukan kecekalan minda dan badan. Selangor mempunyai beberapa bukit yang bukan sahaja mempunyai trek mendaki yang agak mencabar malah juga menawarkan pemandangan yang mampu memikat hati anda.

Antara bukit yang anda boleh daki termasuk Bukit Broga dan Bukit Kutu. Namun, harus diingatkan, terdapat beberapa lokasi pendakian di Selangor yang memerlukan anda memohon permit sebelum memulakan aktiviti pendakian.

5) Tempat Bersukan
Selain daripada aktiviti mendaki, ada juga aktiviti lain yang lebih mencabar. Melalui aktiviti sukan, anda juga boleh meningkatkan semangat toleransi dan kerjasama bersama peserta-peserta lain yang datang dari berbilang kaum dan bangsa.

Antara tempat-tempat yang menawarkan aktiviti sukan yang luar biasa adalah penyedia perkhidmatan White Water Rafting di Sungai Selangor, Skytrex Adventure Sg Congkak, dan District 21.

Semoga perkongsian ini membantu memberi idea untuk mengurangkan stres yang anda hadapi.

Sumber: Selangor Travel

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA