HomeKomunitiHadapi tekanan, pensyarah UMK kongsi jalan penyelesaian
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Hadapi tekanan, pensyarah UMK kongsi jalan penyelesaian

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah seluruh negara berubah wajah daripada pengajaran secara bersemuka kepada pembelajaran secara maya.

Bagaimanapun, pelbagai isu telah menghantui ketiga-tiga pihak sama ada warga pendidik, ibu bapa dan pelajar dalam pelaksanaan proses PdP tersebut.

Dalam konteks ini, tidak semua ibu bapa mampu menyediakan keperluan untuk kelas dalam talian.

Terdapat ibu bapa yang mempunyai ramai anak dan terdiri daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Tambahan pula, terdapat segelintir ibu bapa perlu bekerja dan tidak dapat membantu anak-anak yang perlu bersekolah dari rumah.

Bagi guru-guru pula, variasi kemampuan setiap pelajar tidak memungkinkan pihak guru untuk memenuhi keperluan semua pihak.

Proses PdP secara maya memerlukan kemahiran dan pengetahuan teknologi dalam kalangan guru-guru. Capaian internet menjadi perkara utama apabila sebahagian cikgu perlu bekerja dari rumah.

Tidak dilupakan, guru juga adalah ibu bapa yang perlu memenuhi keperluan anak masing-masing.

Jujurnya, tidak semua pelajar mampu menyertai kelas yang dijalankan secara dalam talian disebabkan tiada capaian internet mahupun telefon pintar dan komputer riba.

Segelintir pelajar tinggal di luar bandar dan tidak memungkinkan mereka mendapat akses internet.

Pelbagai isu yang timbul ini dapat memberi kesan stres terhadap ketiga-tiga pihak.

Sehinggakan pelbagai spekulasi timbul terutamanya daripada pihak pelajar dan ibu bapa untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap aplikasi pembelajaran secara dalam talian yang dijalankan.

Walaupun menghadapi tekanan dalam menjalankan pembelajaran secara maya, semua pihak sebaiknya mencari solusi bukan saling menunding jari.

IKLAN

Kawalan emosi setiap orang amat penting untuk memastikan pelajar tidak tercicir daripada landasan pendidikan norma baharu.

Sementara ini, cikgu, ibu bapa dan pelajar sendiri perlulah mengawal emosi supaya tidak menghadapi stres.

Baca juga Catatan penuh Cikgu Mohd Nasir sepanjang Program Pertukaran Guru di Thailand. Sebuah pengalaman berharga!

Baca juga Cikgu boleh guna 3 bahan ini untuk halau cicak dalam kelas. Dijamin berkesan!

Mencari solusi

Antara beberapa pendekatan yang boleh diaplikasi adalah mengadakan perbincangan secara maya antara ibu bapa dan guru untuk mengetahui keadaan sebenar pelajar dan ibu bapa.

Jika pembelajaran secara dalam talian tidak dapat diteruskan, pihak guru boleh menjalankan PdP secara luar talian dengan menggunakan beberapa medium yang ada seperti rakaman video, pemberian kerja rumah di dalam media sosial mahupun di sekolah dan sebagainya.

Keadaan ini bergantung kepada kemampuan ibu bapa dan guru-guru untuk menyediakan keperluan tersebut.

IKLAN

Ibu bapa dan pendidik juga tidak boleh memandang enteng terhadap kemampuan pelajar.

Tidak dinafikan, kebanyakan pelajar hilang semangat terhadap pembelajaran. Segelintir daripada mereka menghadapi stres kerana tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa seperti bersukan dan bermain dengan rakan-rakan (waktu kes Covid-19 meningkat).

Terdapat juga pelajar yang lebih senior perlu menjaga adik-adik kerana ibu-bapa mereka keluar bekerja.

Justeru, ibu bapa perlu mengatur strategi dalam memberi kerjasama untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Antara strateginya adalah dengan mengenal pasti jadual harian anak-anak dan jadual kerja ibu bapa supaya sepadan dengan keperluan pembelajaran setiap anak.

Ibu bapa juga boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak bagi menarik minat untuk mereka belajar.

Jika ibu bapa tidak bekemampuan dari segi masa, ajarlah anak-anak untuk mengatur jadual mengikut kemampuan.

Terapkan sifat sabar

Jadual yang teratur dan berdisiplin mampu menghindari stres.

IKLAN

Jika jadual pelajar penuh seharian, mereka perlu menggunakan waktu istirehat sebaik mungkin untuk refleksi minda seperti mendengar muzik dan melakukan kegiatan sosial yang dibenarkan supaya emosi dapat dikawal sebaik mungkin.

Pembelajaran tambahan seperti di YouTube dan video juga mampu membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Banyak sekali video pembelajaran menarik yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan tidak hanya bergantung kepada guru kelas semata-mata.

Secara tuntasnya, untuk mengatasi isu stres dalam kalangan guru, ibu bapa, pelajar dan pelbagai pihak perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi, keperluan dan kemampuan masing-masing.

Terapkan sifat sabar dalam apa jua keadaan, kerana ini mampu menghindari anda daripada stres.

Belajar mengawal emosi dan carilah sokongan yang mampu membantu anda untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Ingatlah, semua orang inginkan yang terbaik buat anak-anak peneraju negara masa hadapan.

Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru perlu berganding bahu membantu anak-anak ini, mencari solusi bukan saling menuding jari.

Maklumat Penulis

Nurul Hafizah Mohd Yasin merupakan Pensyarah Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA