HomeKomunitiGuru sebagai arkitek sosial, membentuk peribadi insan yang unggul
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Guru sebagai arkitek sosial, membentuk peribadi insan yang unggul

Pendidikan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa pendidikan yang komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan zaman, negara boleh dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya.

Namun sejak akhir-akhir ini, penularan wabak Covid-19 telah memberi tamparan kepada masyarakat apabila amalan dan gaya hidup mula berubah dari segala aspek.

Perubahan ini telah mendesak masyarakat agar keluar dari perspektif pemikiran lama ke satu titik garis permulaan yang disebut sebagai ‘norma baharu’.

Setiap individu mestilah tampil dengan corak pemikiran baru seiring dengan keadaan dan keperluan semasa.

Pemikiran yang inovatif dan dinamik serta berupaya dalam menyelesaikan segala masalah sangat relevan terutamanya dalam bidang pendidikan.

Oleh itu, para guru perlu memainkan peranan penting sebagai pelaksana dan pendokong dalam bidang pendidikan bagi menyempurnakan proses pembelajaran dan melahirkan insan yang seimbang serta membentuk peribadi yang unggul.

IKLAN

Susulan itu, terdapat beberapa teknik yang boleh diikuti oleh para pendidik dalam menjayakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR):

Gambar hiasan daripada Pexels.

1) Menghasilkan rancangan pembelajaran
Para guru perlu menghasilkan rancangan pembelajaran dalam bentuk digital, audio, video, dan grafik. Guru-guru mestilah meletakkan diri mereka dari sudut perspektif murid-murid sekaligus menyusun topik dan menyediakan ‘content’ (kandungan pembelajaran) serta menulis skrip yang mudah difahami pelajar.

IKLAN

2) Sediakan video pembelajaran yang menarik
Semasa proses PdPR, selain sesi pembelajaran secara dalam talian mengikut jadual yang ditetapkan, para guru digalakkan menyediakan video sebagai sumber rujukan dan ilmu tambahan bagi pelajar-pelajar. Para guru mestilah kreatif dalam menyediakan video yang menarik agar para pelajar tidak cepat bosan dengan konsep pembelajaran berbentuk formal.

Gambar hiasan daripada Pexels.

3) Variasikan kandungan pembelajaran dalam satu video
Guru-guru perlu mempelbagaikan isi kandungan dalam sebuah video bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Sebagai contoh, bagi matapelajaran bahasa Inggeris, para guru boleh menyediakan bahan untuk ujian mendengar (listening), penulisan (writing), membaca (reading) dan sebagainya. Melalui bahan ini, para pelajar perlu mendengar dan menulis serta melakukan pembentangan (presentation).

IKLAN

Perkongsian ini merupakan alternatif pendidikan selaras dengan norma baharu yang harus dipraktikkan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Diharapkan dengan usaha ini, proses pembelajaran pelajar akan menjadi lebih efektif dengan kelengkapan bahan pembelajaran yang sentiasa disediakan oleh guru-guru.

Semoga perkongsian ini mampu membantu para guru sebagai ‘arkitek sosial’ dalam merealisasikan impian negara bagi melahirkan individu yang bermutu demi masa depan negara.

Sumber: Cikgu Emily Syafirah Zamrod, Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Alor Janggus.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA