Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiGuna komputer secara selamat, ikuti 10 tip ini
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Guna komputer secara selamat, ikuti 10 tip ini

Pada masa ini, semua aktiviti pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian, setidak-tidaknya sehingga sesi persekolahan kembali dibuka kelak. Justeru itu, GPSBestari yakin ramai warga pendidik kini semakin celik dalam menggunakan komputer dan teknologi digital.

Namun, para guru perlu juga mengetahui bagaimana untuk kekal selamat sepanjang menggunakan teknologi ini kerana terdapat ramai penggodam di luar sana yang menunggu peluang untuk mencuri data daripada pengguna komputer.

Jom ikuti 10 tip untuk kekal selamat sepanjang menggunakan komputer.

1. Patch
Tetapkan komputer anda untuk menerima update perisian dan sistem operasi secara automatik. Komputer yang tidak dikemas kini akan lebih mudah untuk dijangkiti virus dan dieksploitasi.

2. Pasang perisian perlindungan
Memasang perisian perlindungan seperti antivirus dalam komputer anda amat penting bagi memastikan komputer sentiasa dilindungi daripada virus, malware, worm, trojan dan sebagainya. Sebolehnya gunakan antivirus yang berlesen kerana ia memberi perlindungan yang lebih baik berbanding antivirus yang percuma.

3. Pilih kata laluan yang kuat
Pilih kata laluan yang kuat untuk komputer anda dengan menggabungkan nombor, huruf dan aksara khas. Anda juga dinasihatkan untuk selalu menukar kata laluan anda untuk mengelakkan komputer anda daripada senang diceroboh.

4. Backup data
Ingat, sentiasa backup data atau fail-fail penting yang terdapat dalam komputer anda! Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian, kebakaran atau terpadam fail secara tidak sengaja berlaku, anda masih mempunyai salinan terhadap fail-fail tersebut. Lakukannya sekerap yang boleh.

IKLAN

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/


5. Kawal akses penggunaan komputer
Pastikan anda log keluar daripada akaun sebelum meninggalkan komputer anda, walaupun untuk seketika.

6. Gunakan internet dan emel secara selamat
Sekiranya anda ingin memuat turun fail daripada internet atau e-mel, pastikan sumber tersebut adalah sumber yang boleh dipercayai.

7. Gunakan rangkaian / sambungan yang selamat
Pastikan anda menggunakan rangkaian atau sambungan yang selamat ketika menggunakan internet terutamanya ketika melakukan transaksi pembayaran atas talian atau online banking.

8. Lindungi data yang sensitif
Encrypt data-data penting anda untuk mengurangkan risiko kecurian identiti dan menghalang pihak luar daripada mengeksploit data anda.

9. Pasang firewall desktop
Gunakan firewall desktop untuk melindungi fail-fail dalam komputer anda daripada dicerobohi.

10. Sentiasa update
Pastikan anda sentiasa peka dengan perkembangan terkini sistem operasi seperti Windows dan Unix. Anda boleh mendapatkan perkembangan tersebut dengan melayari laman web rasmi mereka.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu semua pengguna komputer untuk kekal selamat sepanjang menggunakanya.

Sumber: infotech.my

IKLAN
IKLAN

Artikel Berkaitan

MESTI BACA