Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiGoogle Meet waktu malam? Ini pandangan ikhlas warga maya berkenaan perkara ini!
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Google Meet waktu malam? Ini pandangan ikhlas warga maya berkenaan perkara ini!

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, majoriti guru dan pelajar terpaksa menjalani kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi meneruskan sesi pembelajaran dan menghabiskan sukatan pelajaran.

Walaupun berdepan dengan cabaran dan rintangan, PdPR perlu diteruskan mengikut jadual kelas yang disediakan pihak sekolah masing-masing.

Persidangan video atau kelas secara online menggunakan aplikasi percuma (Google Meet) adalah antara kaedah terbaik untuk menjalankan tugas dalam norma baharu walaupun berada di rumah.

Google Meet dikatakan aplikasi utama yang menjadi pilihan guru-guru dalam melaksanakan PdPR secara dalam talian dengan bilangan pelajar melebihi 70 orang dan ke atas.

Bagi warga pendidik, sesi kelas online menggunakan Google Meet biasanya dijalankan pada waktu pagi dan juga petang.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Jika ada perkara yang sukar dielakkan, mereka akan menggantikan kelas tersebut pada waktu malam.

Baru-baru ini, dalam sebuah grup di Facebook, ada seorang guru meminta pandangan dan pendapat tentang Google Meet yang diadakan pada waktu malam.

Rata-rata warga maya yang terdiri daripada pendidik dan ibu bapa, memberi pandangan masing-masing.

Mari ikuti apa kata mereka.

1) Sekali sekala bolehlah sebagai extra class. Jangan dibudayakan, nanti jadi benchmarking.

IKLAN

2) Rasanya waktu siang cukuplah bekerja, malam perlu juga masa untuk bekalan ke sana.

3) Saya ada lima orang anak dan kesemuanya terlibat PdPR. Saya dan suami juga cikgu, ada 1 laptop, 1 PC, 2 tab, 2 telefon pintar. Selain berebut gadget dan line, saya juga berebut masa antara anak dan anak murid. Untuk kelas PdPR pagi, saya beri video dan tugasan dalam Google Form dan Telegram. Google Meet waktu malam tu macam extra class, penerangan topik. Tak ada paksaan dan ambil kehadiran pun.

4) Kalau sekolah menengah, 8 malam lebih sambutan daripada 8 pagi.

5) Apa yang terbaik dan memudahkan murid kita, boleh saja buat pada waktu malam.

6) Terpulanglah atas persetujuan ibu bapa dan kesanggupan guru itu sendiri. Kadang ada ibu bapa yang minta sebab siang mereka bekerja dan hendak menggunakan gajet. Lagi pun mengajar secara online sekarang ini tidak sama dengan bersemuka di sekolah. Jiwa dan semangat masing-masing tidak sama.

Gambar hiasan daripada Pexels.

IKLAN

7) Ada saja murid seronok. Kalau siang, ada yang tidak masuk. Tapi kalau malam, semua masuk. Respon pula sangat memberangsangkan. Buat sekali sekala apa salahnya.

8) Saya buat dengan murid-murid saya, sebab masa itu saja mereka ada telefon pintar apa lagi yang berkongsi. Tapi saya tanya dengan ibu bapa dulu, kalau setuju bagi nama.

9) Ada sahaja, sekolah anak berasrama penuh, SPM tahun ini, bukan sahaja malam, tapi setiap hari cuti Sabtu Ahad pun buat. Sebagai ibu, saya ok. Selagi anak boleh ikut, saya sokong. Saya akan bantu dari segi lain untuk hilangkan stres. Contoh, pesan makanan atau masak makanan kegemaran dia. Terima kasih cikgu-cikgu yang rajin dan bekerja keras demi kejayaan anak-anak bangsa.

10) Saya buat Google Meet malam satu kelas sahaja. Dibuat atas permintaan dua orang pelajar kerana membantu ibu mereka berniaga di waktu siang. Apa yang menariknya, waktu malam kehadiran lebih ramai daripada kelas lain.

11) Saya memang takkan buat malam. Kalau ada kawan-kawan saya nak buat kelas malam, terpulang kepada mereka. Ikut keselesaan masing-masing. Tapi saya takkan buat sebab malam saya nak fokus pada baby.

12) Ok saja. Bincang dan cari persefahaman. Kalau cikgu boleh bagi komitmen, ibu bapa pasti setuju.

IKLAN

13) Saya mencari peluang yang ada. Bila ada keperluan, saya buat waktu malam.

14) Terpulang kepada kesediaan guru, ibu bapa dan pelajar. Tidak menjadi masalah.

15) Ada, kelas tasmik Tahun Satu anak saya. Kalau tasmik /mengaji al-Quran, saya rasa ok lagi sebab kita dulu-dulu pun belajar mengaji lepas Maghrib.

Ini adalah luahan yang sempat GPSBestari kongsikan kepada semua pembaca.

Melihatkan pandangan yang diberikan ini, rata-ratanya berpendapat tidak salah untuk menjalankan Google Meet pada waktu malam asalkan ia mendapat persetujuan daripada semua pihak.

Malah, jika Google Meet itu tidak menimbulkan sebarang masalah, bolehlah diteruskan sekali sekala, bergantung kepada keadaan dan masa masing-masing.

 

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA