Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomuniti'Gerobok Rezeki' SK Danau Kota (2) bantu golongan yang memerlukan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Gerobok Rezeki’ SK Danau Kota (2) bantu golongan yang memerlukan

‘Gerobok Rezeki’ Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota (2) telah ditubuhkan secara rasminya pada 22 Februari 2020.

Idea penubuhannya dicetuskan Aidil Azahar Ahmad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ketika itu dan disokong sepenuhnya oleh Guru Besar, Siti Norma Abdullah.

Walau bagaimanapun, idea ini sudah tentunya hanya akan tinggal sekadar idea semata-mata seandainya ‘Gerobok Rezeki’ tersebut tidak didukung Mohammad Nizam Wahid, selaku Pengerusi Pertubuhan Keinsanan Malaysia (Humanity) di mana beliau merupakan insan yang bertanggungjawab menubuhkan ‘Gerobok Rezeki’ dikebanyakan sekolah di seluruh Malaysia.

Menurut Cikgu Siti Norma, ramai ibu bapa murid yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan dan perniagaan yang terjejas semasa pandemik Covid-19.

“Justeru, penubuhan ‘Gerobok Rezeki’ di sekolah ini sangat tepat pada masanya, ketika ramai yang terkesan dan amat memerlukan bantuan,” katanya.

Pelbagai barangan disediakan di ‘Gerobok Rezeki’ sekolah ini.

“Antaranya barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula, garam, bihun, sos cili, kicap dan sebagainya.

“Kami juga menyediakan barangan kebersihan diri seperti berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sabun basuh dan banyak lagi. Kesemuanya diberikan kepada keluarga yang memerlukan bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan politik,” kata Cikgu Aidil Azahar.  

IKLAN

Penubuhan ‘Gerobok Rezeki’ tersebut turut mendapat sokongan padu daripada Pengerusi Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project), Mohd Ashraff Khan Md Najib.

Beliau sering turun padang dalam memastikan ‘Gerobok Rezeki’ di sekolah ini sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan keluarga yang memerlukan.

IKLAN

Setahun penubuhan

Dalam perkembangan lain, pada 22 Februari nanti, ‘Gerobok Rezeki’ SK Danau Kota (2) bakal menyambut ulang tahun penubuhannya dan tentunya mengharapkan ia terus memacu objektif dan matlamat asal penubuhan dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Sesungguhnya, melakukan kebaikan adalah satu pengorbanan jiwa yang menuntut masa, tenaga, wang ringgit dan kudrat dalam memastikan individu yang kurang berkemampuan turut sama menikmati kehidupan seperti insan lain.

‘Gerobok Rezeki’ ini berupaya menjadi wahana dalam meringankan beban insan yang memerlukan bantuan dan membela komuniti setempat bersama-sama sokongan padu yang tidak putus-putus daripada pelbagai pihak serta NGO.

“Bagi sesetengah orang, kerja kebajikan hanya sekadar memberi bantuan. Buat mereka yang memahami, ianya adalah sebuah kehidupan”

IKLAN

“Lakukan kebaikan sekecil apa pun kerana kamu tidak pernah tahu kebaikan yang mana akan membawamu ke syurga”

“Anda Hulur, Kami Salur”

Artikel menarik

Ustazah Noor Baizura guna pendekatan ala “TV Show” pupuk minat pelajar ikuti PdPR

Cikgu Roslee kongsi tip mudah, bantu murid pemulihan khas pandai membaca. Ini caranya…

Artikel Berkaitan

MESTI BACA