HomeKomunitiEuphemisme sebagai usaha pengekalan kesantunan berbahasa dalam pertuturan pelajar
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Euphemisme sebagai usaha pengekalan kesantunan berbahasa dalam pertuturan pelajar

Bahasa kesat dan kasar merupakan bahasa kurang sopan yang sering menjadi satu ‘kebanggaan’ dalam masyarakat khususnya para pelajar.

Dalam istilah sosiolinguistik, bahasa kesat dan kasar disebut sebagai tabu dan didefinisikan sebagai bahasa pantang larang dalam kalangan masyarakat sejak dahulu lagi.

Kebelakangan ini, penggunaan perkataan yang tidak sopan seolah-olah menjadi satu ikutan dalam proses komunikasi antara masyarakat.

Dunia yang kian ‘sakit’ dengan sikap masyarakat yang culas dalam mengekalkan adab berbahasa perlu diberi perhatian agar maruah bahasa terbela.

Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa semasa berkomunikasi tidak lagi menjadi keutamaan bagi pelajar.

Ramai yang tidak tahu, dalam sistem komunikasi, untuk berlagak sopan perlu ada pengetahuan tentang linguistik dan sosiolinguistik.

Ini kerana, bahasa dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Sehubungan itu, kesopanan berbahasa adalah sebahagian daripada perlakuan sosiolinguistik dalam sesebuah masyarakat.

Pemilihan bahasa yang baik adalah kunci kepada sesebuah komunikasi yang berkesan.

IKLAN

Kewujudan perkataan-perkataan umum yang dianggap biasa dalam kalangan pelajar seperti ‘mampus’, ‘bodoh’, ‘bingai’, ‘bongok’, ‘lantak la’, ‘woi’, ‘gila la’, ‘lu/gua’ dan sebagainya secara halus akan merosakkan sistem bahasa.

Ini kerana, pendedahan mengenai pemilihan bahasa yang sopan kurang didedahkan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Secara ringkasnya, ramai yang tidak tahu cara untuk berlagak sopan semasa berbahasa dan generasi muda perlu sedar pemilihan bahasa yang baik perlu digunakan bagi menggantikan bahasa yang dituturkan semasa berlakunya proses komunikasi.

Berikutan itu, kewujudan perkataan euphemisme dalam kalangan masyarakat di mana ia sebagai ganti sesuatu perkataan yang tidak baik, kasar dan bersifat berterus-terang.

IKLAN

Contohnya, perkataan yang sering dianggap biasa dalam pertuturan masyarakat adalah berkaitan dengan fungsi badan seperti ‘berak’, ‘kencing’, ‘kentut’ boleh digantikan dengan perkataan lebih sopan seperti ‘buang air besar’, ‘buang air kecil’, dan ‘buang angin’.

Pemilihan perkataan yang sesuai sangat penting bagi mengekalkan identiti masyarakat yang kaya dengan budi bahasa.

Para pelajar perlu tahu bahawa bahasa ini adalah satu medium utama dalam kalangan masyarakat.

Aspek berbahasa akan menjadi tanggapan utama seseorang individu kepada individu lain.

IKLAN

Kesalahan penggunaan bahasa dalam pertuturan akan mengundang masalah bagi para pelajar.

Oleh itu, generasi muda hari ini perlu menguasai aspek kemahiran berbahasa dengan betul. Ini kerana, mereka merupakan golongan yang sering diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.

Di sini jelas menunjukkan, penggunaan perkataan euphemisme sangat penting bagi golongan masyarakat khususnya generasi muda.

Tanpa penggunaan euphemisme dalam sistem berbahasa, bahasa komunikasi masyarakat akan terjejas.

Artikel menarik

Transformasikan kampus ke arah digital, USIM lancar Smart University Blueprint 

Pelajar tidak berminat ikuti kelas ‘online’, cikgu ini tidak putus asa untuk mengajar

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA