HomeKomunitiDatuk Fazley kongsi tip PdPR agar anak-anak lebih konsisten
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Datuk Fazley kongsi tip PdPR agar anak-anak lebih konsisten

Hari ini dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung 2019, segala jadual aktiviti harian yang lazim dilakukan terpaksa dirombak semula termasuklah sesi persekolahan.

Jika sebelum ini sesi persekolahan dilakukan secara bersemuka, tetapi sejak tahun lalu, sekolah terpaksa ditutup mengikut situasi terkini.

Pengoperasian sekolah melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga terpaksa dilakukan dalam usaha mengekalkan pendidikan anak-anak agar mereka tidak tercicir.

Sejak PdPR pertama dilaksanakan pada 1 April 2020, hingga ke hari ini, sebanyak lima sesi pembelajaran menerusi PdPR telah diadakan.

Malah sesi persekolanhan melalui kaedah PdPR ini dilihat satu norma baharu dalam sistem pendidikan di negara ini.

Begitu pun, ada ibu bapa yang masih belum ‘serasi’ dengan pendekatan yang digunakan ini malah ia dilihat sedikit tekanan kepada mereka yang sukar untuk mengawal dan mendisiplinkan anak-anak.

Ramai juga ibu bapa yang menghadapi dilema memikirkan tahap pemahaman anak-anak ketika sesi PdPR berlangsung. Ada juga di antara mereka yang risau PdPR tidak dapat membantu anak-anak dalam proses pembelajaran.

Anak-anak Datuk Fazley selesa belajar dirumah dan di bawah pengawasan dan bimbingan Datuk Fazley dan isteri.

Susulan itu, GPSBestari ingin berkongsi tip yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi memastikan ilmu dapat disampaikan dengan baik dari Datuk Fazley Yaakob yang dikongsikan bersama dalam program Bual Bestari yang diadakan baru-baru ini.

1) Memberi peluang anak-anak memilih subjek yang ingin dipelajari terlebih dahulu

IKLAN

Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan memilih subjek yang disukai anak-anak terlebih dahulu. Cara ini sangat membantu untuk menarik minat anak-anak kerana anak-anak tidak akan berasa bosan dengan jadual yang tetap setiap hari.

2) Menganggap anak-anak sebagai pelanggan

Memisahkan status ibu bapa dan anak-anak semasa sesi pembelajaran berlangsung, dengan menganggap anak-anak adalah pelanggan dan ini bertujuan mengubah persepsi anak-anak. Dalam situasi ini anak-anak akan sedar bahawa mereka perlu belajar dengan baik kerana mereka sedang berada dalam sesi formal antara guru dan pelajar.

3) Tidak berputus asa semasa mengajar

IKLAN

Sikap tidak berputus asa semasa mengajar adalah sangat penting. Demi memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik, ibu bapa perlu meletakkan kesabaran yang tinggi dalam mengawal diri anak-anak daripada pelbagai sudut.

4) Memahami topik yang akan diajar terlebih dahulu sebelum mula mengajar

Sebelum mengajar anak-anak, ibu bapa perlu belajar dan memahami topik yang akan diajar terlebih dahulu bagi memastikan ilmu yang disampaikan adalah tepat dan betul.

5) Mengurangkan kerja rumah

Ibu bapa perlu menukarkan kerja rumah yang banyak dengan tugasan yang ringan agar mereka tidak rasa terbeban untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan. Ini kerana, kerja rumah yang banyak tidak membantu anak -anak untuk belajar dengan baik.

IKLAN

6) Jangan menyekat penggunaan gajet anak-anak

Ramai ibu bapa yang mempunyai persepsi negatif terhadap kebebasan membenarkan anak-anak bermain gajet. Tindakan ini adalah tidak wajar kerana dengan bantuan gajet pemikiran anak-anak akan lebih terbuka.

7) Sesuaikan diri dengan keadaan semasa

Menyesuaikan diri dengan keadaan semasa agar proses PdPR berjalan dengan lancar. Sekiranya waktu bekerja dan belajar anak-anak bertindih, ibu bapa perlu bijak menyusun semula jadual bagi mengelakkan kesulitan semasa proses PdPR.

Semoga perkongsian Datuk Fazley ini memberi inspirasi buat ibu bapa yang masih keliru dan tidak tahu cara bagaimana untuk mengajar anak-anak mereka di rumah.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

MESTI BACA