HomeKomunitiBersalin di sekolah, SK Rantau Panjang sambut bayi baharu
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Bersalin di sekolah, SK Rantau Panjang sambut bayi baharu

“Pengalaman berharga dan tidak dapat dilupakan sampai bila-bila”. Itulah ungkapan yang diberi oleh Norazura Zikir setelah terpaksa menjadi salah seorang bidan terjun bagi kelahiran bayi Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Norazura Zikir berkata, ramai kakitangan sekolah terpaksa menjadi bidan terjun beramai-ramai untuk sambut PPM sekolah itu bersalin di salah satu kelas prasekolah.

“Saya jadi kelam kabut apabila PPM memberitahu yang dia sudah hampir masa untuk bersalin. Kemudian, saya terus naik ke pejabat dan meminta kerani menghubungi talian 999.

FB Norazura Zikir

“Ambulans pula dimaklumkan tiba lewat. Dalam masa yang sama PPM sudah menjerit menahan kesakitan. Selepas itu, air ketuban pula sudah pecah.

“Terpaksa saya dan cikgu yang lain berlari untuk bertanya kepada sesiapa yang boleh menyambut bayi sebab saya tidak berani,” katanya melalui laman Facebook.

IKLAN

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Dia berkata mujur ada pengawal keselamatan dan Pembantu Tadbir (PT) yang tenang semasa menolong proses bersalin. Dia hanya duduk di sebelah sambil merasai debaran apabila melihat kepala bayi sudah keluar.

“Alhamdulillah, bayi keluar dengan mudah,” lanjutnya. Sementara menunggu ambulans tiba, cikgu-cikgu yang berada di situ memandikan dan membersihkan bayi tersebut menggunakan peralatan yang sedia ada di sekolah.

IKLAN

BACA JUGA : Sekolah bawa masuk Ultraman. Murid-murid teruja dan tak sabar nak tengok dekat-dekat!

BACA JUGA: Murid terkejut bila ‘pelakon’ Squid Game datang sekolah, tak sangka rupa-rupanya dia adalah…

“Puas ‘pujuk’ bayi untuk dilahirkan di hospital tetapi dia hendak juga SK Rantau Panjang ditulis dalam surat beranak, semoga menjadi anak yang pandai dan kami semua sayang anda.”

IKLAN

FB Norazura Zikir

Kejadian itu menyebabkan cikgu-cikgu lelaki dan guru besar turut kelam-kabut. Bayi perempuan tersebut turut diiqamahkan oleh ustaz sekolah.

Menurutnya, kesihatan bayi dan juga ibu yang baru melahirkannya dalam keadaan baik.

Sumber: Facebook Norazura Zikir

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA