HomeKomunitiBersaing dengan 63,000 pemohon, gadis berasal dari Kelantan ini antara yang terpilih...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Bersaing dengan 63,000 pemohon, gadis berasal dari Kelantan ini antara yang terpilih untuk biasiswa Chevening 21/22!

Seorang gadis muda yang berasal dari Bachok, Kelantan menzahirkan keterujaannya apabila diumumkan menjadi penerima Biasiswa Chevening untuk tahun akademik 2021/2022.

Nurfarahanim Che Mansor yang bakal menyambung pengajian di University of Westminster berkata demikian menerusi laman Instagram miliknya sebaik sahaja mengetahui perkara tersebut.

“Salah satu saat paling menggembirakan dalam hidup saya adalah ketika saya mengetahui bahawa saya telah terpilih untuk menerima Anugerah Biasiswa Chevening 2021/2022 yang dibiayai sepenuhnya membabitkan 63,000 pemohon di seluruh dunia!

Nurfarahanim Che Mansor

“Saya adalah seseorang yang bermimpi tinggi dan sudah semestinya mustahil akan memberikan jawapan “tidak” untuk biasiswa ini.

IKLAN

BACA JUGA: Ibu bapa boleh bantu anak bina komputer sendiri, guna 5 komponen ini sahaja
BACA JUGA: UniMAP hantar sukarelawan bantu mangsa banjir di Yan

“Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya terpilih juga untuk menjadi salah seorang penerima, Alhamdulillah!,” katanya.

Bakal melanjutkan pelajaran dalam ke peringkat sarjana sains dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan Antarabangsa pada bulan September ini, anak sulung daripada empat orang beradik ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sehingga berjaya mendapatkan biasiswa tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti alumni Chevening yang banyak menyokong dalam berkongsi petua dan panduan yang berharga.

IKLAN
IKLAN

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan pensyarah di atas sokongan yang berterusan terutama Dr Low Hiang Loon dan Dr Noraini Ahmad Basri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kerana memberikan surat sokongan,” ujarnya.

Untuk rekod, Malaysia adalah penerima anugerah Chevening kedua terbesar di ASEAN dengan lebih 1,700 alumni.

Anugerah Biasiswa Chevening adalah program biasiswa global kerajaan United Kingdom (UK)yang dibiayai dan ditadbir Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA