Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomuniti‘Beliau pusing satu maktab sambil kutip sampah dengan tangan’. Peribadi arwah pengetua...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Beliau pusing satu maktab sambil kutip sampah dengan tangan’. Peribadi arwah pengetua dipuji ramai

“Tujuh tahun saya bekerja dengan arwah

“Dalam tempoh tersebut, jarang sekali saya dengar rungutan guru-guru tentang arwah. Semuanya memuji dan menyayangi beliau seperti kasih seorang anak terhadap ayahnya,” kata Kaunselor Cemerlang MARA, Cikgu Mohd Shahid Ahmad.

Menurut Cikgu Mohd Shahid, keperibadian baik yang ada pada bekas pengetua MRSM Langkawi, Cikgu Shabani Ahmad itu sangat luar biasa.

“Bayangkan, selepas punch kad pada awal pagi, arwah akan pusing satu maktab sambil kutip sampah dengan tangan.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Kemudian, jika ternampak rumput pada alas kaki, beliau akan kutip dengan tangan dan buang ke dalam tong sampah,” kata cikgu ini mengenai sisi baik Cikgu Shabani.

Menurut beliau lagi, sisi baik arwah juga adalah tidak minta pelajar menjaga kebersihan sekolah tetapi arwah mengajar cara untuk menjaga kebersihan sekolah.

Perkara ini diakui oleh pelajarnya sendiri di mana mereka secara automatik akan mengutip sampah dan menjaga kebersihan kerana bimbang ‘takut’ pengetua yang mengutip sampah.

Cikgu Mohd Shahid yang kini berkhidmat di MRSM Taiping berkata, banyak lagi tentang diri arwah yang menjadi sebutan kalangan guru-guru MRSM Langkawi.

“Saya kongsikan sebahagiannya dalam laman facebook untuk dijadikan kenangan kelak.

“Moga dengan perkongsian ini, dapat dijadikan rujukan buat pengetua dan bakal pengetua sepanjang memegang jawatan tertinggi di sekolah masing-masing,” katanya.

*****

Bila kita jadi bos

Dalam hal macam ni, aku teringat arwah Haji Shabani. Bekas pengetua MRSM Langkawi. Sempat berguru dengan dia hampir tujuh tahun bermula 2010 hingga 2017. Kemudian arwah berpindah ke MRSM Pendang. Kemudian arwah sakit. Hari terakhir sebelum arwah meninggal, arwah ada sebut kat isteri dia yang dia nak jumpa aku dan nak minta aku baca ayat al-Quran kat dia.

Malam lepas Isyak, arwah pergi mengadap ilahi dan malam tu juga aku bersama anak-anak dan isteri bergegas pergi ke Pendang. Ziarah dan baca al-Quran dari malam sampai waktu-waktu terakhir sebelum jenazah dimandikan.

Baca juga: Pengajian fleksibel beri peluang lebih luas lanjut pelajaran

Baca juga: Jadi cikgu jiwa kena besar: 5 kata-kata motivasi Ustazah Aminah untuk pendidik

IKLAN

Selesai urusan pengebumian jenazah, isteri arwah maklum kat aku yang arwah memang berhajat untuk jumpa aku dan minta dibacakan ayat al-Quran untuknya. Alhamdulillah hajat arwah tercapai. Amin.

Hingga ke hari ini, jika ada yang cerita tentang arwah, akan ada rakan yang cakap, perkara yang arwah selalu buat…antaranya

Selepas dia punch kad masuk kerja, arwah akan pusing satu maktab sambil kutip dengan tangan semua sampah-sampah dia jumpa.

Rumput-rumput atas alas kaki yang terlekat kat foyer MRSM Langkawi, dia yang kutip guna tangan dan buang. Jadi cikgu dan staf tak akan pijak alas kaki tu kalau kasut kotor sebab bimbang pengetua yang akan pungut dan buangkan.

Ingat lagi pada hari pertama arwah jadi pengetua MRSM Langkawi. Dia minta letak cermin kat dalam bilik pengetua. Bila ada staf maklum kat aku, aku agak sinis juga.

Selang berapa tahun bila aku tanya, arwah kata, melihat cermin umpama melihat diri sendiri dalam kebaikan. Dan berhenti melihat keburukan orang lain, kerana melihat keburukan orang lain umpama ada cermin besar yang akan menghalang kita melihat kebaikannya. Stop bercakap tentang keburukan orang. Aku diam.

Pernah mesyuarat penting untuk program yang akan dirasmikan olah Dato KP Mara, Dato Ibrahim. Masa tu aku jadi penyelaras.

Bayangkan meting hanya dalam bilik pengetua je. Berhimpit-himpit lah kami semua AJK bermesyuarat.

Perjumpaan guru dan staf samada jumpa sebelum cikgu balik kampung ke, sebelum balik raya ke, arwah tak mahu buat kat Dewan Kuliah. Nak juga buat kat bilik kecik. Bilik TAC. Pagi-pagi lagi aku angkat kerusi dan susun lah ikut jumlah cikgu dan staf.

Masa perjumpaan riuh lah, cikgu dan staf bercakap. Ya lah dah ramai dan sempit. Tapi arwah tak pun suruh diam. Dia bagi je cikgu dan staf bersembang-sembang walaupun masa tu dia tengah cakap.

Masa mesyuarat pengurusan, adalah cikgu-cikgu minta printer tu letak kat luar dari bilik KJ, senang cikgu-cikgu nak print. Dia cakap x pe lah. Letak je dalam bilik KJ tu dan bila ditanya kenapa dia akan bincang benda lain.

IKLAN

Pernah satu masa, aku tanya semua tu, kenapa arwah buat macam tu…

Dia cakap penting perhubungan yang jujur tanpa permusuhan. Biar lah jumpa cikgu dan staf dok dalam bilik kecik supaya kat situ lah cikgu dan staf boleh bersatu sama lain. Biar la printer tu dalam bilik KJ sebab dia nak cikgu-cikgu masuk selalu n bincang serta sembang dengan KJ  masing-masing. Kalau cikgu bergaduh dengan KJ dan pengurusan, susah la depa nak kerja.

Aku terdiam.

Pasal hubungan arwah dengan pelajar.

Ntah…Aku tak pernah nampak arwah marah pelajar, dia boleh je letak tangan atas bahu budak sambil tanya khabar, mendidik anak orang macam jaga anak sendiri.

Sebab tu, bila arwah masuk MRSM Langkawi. dia tak campur sangat hal akademik sebab Langkawi baik tentang hal akademik. Jadi dia buat benda lain. Strateginya dia akan tingkatkan dan raikan semua kebaikan dan kesungguhan guru dan staf, iklim sekolah akan sentiasa tenang je. Jadi kecemerlangan tu sentiasa konsisten hingga MRSM Langkawi sentiasa Top 5 SPM walaupun Langkawi bukan PKP. Alhamdulillah.

Yang paling diingati pasal arwah…

Akan ada je lawatan benchmarking. Hampir setiap bulan dari sekolah luar. Bila ditanya pengetua, macam mana ye MRSM Langkawi ni boleh kekal cemerlang? Arwah akan sentiasa cakap

“Saya tak buat apa-apa pun, semua cikgu dan staf yang buat”…Tu lah perkataan yg dia selalu wiridkan. Allah akbarr.

Susahkan jadi bos

Strategi bukan hanya dalam buku. Tapi berdasarkan suasana dan situasi. Jadi kena cari cara untuk buat penyesuaian.

IKLAN

Susahkan jadi bos

Bila dalam hati nak puaskan semua orang

Tapi percayalah…jika berpaksikan kebaikan dengan toleransi akan jadi formula yang cantik dalam organisasi.

Susahkan jadi bos

Bila kita merasakan kita adalah boss

Semua perkara akan dibosskan.

Akhir, sedar tak sedar ada perkara yang anak buah boleh selesaikan, tiba-tiba bos pula berseorangan atau dgn orang-orangnya untuk selesaikan. No team work. Hasilnya tiada nilai untuk organisasi sebab tu projek dan nilai bos.

Sebenarnya, tiada perkara yang mudah dalam hidup ni. Namun sedaya upaya menjadi kewajipan untuk laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Semoga dipermudahkan urusan semua yang jadi bos-bos dan bakal jadi bos dan berminat untuk cabar diri jadi bos…

Akhirnya kita sendiri yang buat pilihan. Bijak memilih tak akan terpijak duri.

Bijak memilih akan sentiasa diingati!

Sebelum jadi boss…

Mohd Shahid Bin Ahmad

Taiping

Perak

Sumber: Facebook Shahid Ibnu Ahmad 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA