Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAjar anak membaca sejak dari kecil, ibu bapa mesti ambil tahu 8...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ajar anak membaca sejak dari kecil, ibu bapa mesti ambil tahu 8 tip ini

Buya Hamka pernah berpesan, “Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik”.

Membaca merupakan jambatan ilmu, jadi setiap orang perlu mempunyai rasa cinta terhadap budaya membaca. Sebagai ibu bapa, adalah sangat penting untuk mengajar anak-anak membaca sejak dari kecil lagi.

Ini kerana, pada masa tersebut, adalah sangat mudah untuk menyemai sifat membaca dalam diri mereka. Oleh itu, mari ikuti tip menyemai sifat membaca sejak kecil yang dikongsikan ini.

1. Ajar Kenali Huruf
Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Jadi sebelum mereka boleh mula membaca, mereka perlulah diperkenalkan kepada huruf terlebih dahulu.

Kenalkan anak-anak dengan huruf seawal mungkin. Sebagai contoh, boleh ajar mereka mengenal huruf seawal mungkin. Seperti ketika baru berumur 2 tahun, ajar mereka mengenali bentuk huruf.

Boleh sahaja mula dengan huruf A, B, C secara teratur. Jika mereka sudah mahir, tunjukkan huruf tersebut secara rawak dan biarkan mereka meneka.

Ketika ini ibu bapa tidak boleh meletakan harapan yang terlalu tinggi kerana otak mereka masih memproses bentuk-bentuk huruf, yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini.

Jika tekaan mereka adalah betul, ini bermakna mereka mungkin sudah mengenali huruf-huruf tersebut dan memaham bentuknya serta bukan hanya menghafal susunannya.

Ini merupakan latihan asas ajar anak membaca sejak dari kecil lagi.

2. Ibu Bapa Sebut Anak Ikut
Jika inginkan anak-anak mempunyai minat untuk membaca. Ibu bapa perlul menunjukkan contoh tauladan terlebih dahulu.

IKLAN

Jadi ibu bapa perlu mengajar mereka. Mak ayah boleh sebut huruf dengan jelas dan kuat, kemudian minta mereka ikut.

Perkembangan anak adalah berbeza. Ada sehari, ada juga sebulan. Jadi ibu bapa jangan cepat putus asa.

Jika anak anda baru berumur 2 tahun, tidak perlu terlalu menekan. Ajar mereka secara santai upaya mereka lebih memberi kerjasama.

3. Mematikan gajet dan telefon
Gajet dan telefon yang berada di sekeliling boleh juga dikatakan sebagai racun kepada minda mereka. Jika tidak dikawal ia akan memberi banyak kesan buruk.
Gajet dan telefon adalah ‘racun minda’. Banyak mudarat daripada kebaikan.

©unsplash

Memang benar, terdapat banyak kandungan-kandungan yang berilmiah berada di internet yang boleh mereka ikuti. Namun, semua itu perlu juga dikawal agar mereka tidak terjebak dengan video-video yang tidak berfaedah dan boleh mengganggu fokus.

Jika mahukan anak yang gemar membaca, maka pastikan gajet mereka ditutup agar dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada pembelajaran.

IKLAN

4. Guna Kad Bacaan Bergambar
Pada usia hijau ini, mereka sebenarnya lebih mudah tertarik dengan sesuatu yang mempunyai gambar serta warna. Jadi jangan gunakan bahan hitam putih ketika mengajar. Anak-anak akan menjadi bosan.

Jadi, untuk menarik minat mereka, gunakan kad bacaan berwarna. Penggunaan kad bacaan ini sangat membantu untuk menarik minat anak-anak untuk membaca. Dengan cara ini mereka rasa lebih bersemangat.

5. Jadikan Membaca Aktiviti Yang Seronok
Ibu bapa perlu mengubah minda anak-anak jika ingin menyemai rasa minat membaca di kalangan mereka.
Ibu bapa sendiri perlu rajin membaca dan menyediakan satu ruang khas, jadi anak-anak akan menjadi lebih seronok. Insya_ALLAH…

6. Ulang Perkara Sama
Tidak semua anak-anak cepat ‘tangkap’ apa yang diajar. Cubaan kali pertama mungkin kurang berjaya. Jadi ibu bapa mungkin perlu ulang perkara sama berulang-kali.

Dengan cara ini, otak mereka akan memproses perkara sama dan lama kelamaan akan melekat di minda mereka.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

7. Hadiahkan buku ringkas dan bergambar
Jika anak-anak sudah pandai mengeja serta sudah mengenali suku kata. Pastikan anda menambah bacaan mereka.

IKLAN

Namun jangan pula bagi novel yang panjang, pastinya mereka akan menjadi bosan. Berikan mereka buku cerita kanak, ini kerana buku cerita kanak-kanak mempunyai ilustrasi bergambar yang akan membuatkan mereka tertarik.

Semakin minat mereka kepada buku, semakin baik proses membaca.

8. Beri Pujian Jika Berjaya
Anak-anak yang berumur setahun ke atas memang suka dipuji, oleh itu mereka akan terus melakukan perkara-perkara yang membuatkan mereka dipuji kerana akan seronok dan teruja.

Jadi selepas mereka berjaya mengeja atau membaca sesuatu perkataan, terus puji mereka.

“Pandainya anak mama”.

“Bijak adik baca”.

“Betul tu, macam tulah anak ayah”.

Kata-kata pujian begini selain memberi keseronokan, ia juga dapat memberi motivasi. Anak jadi lebih semangat dan seronok nak teruskan bacaan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibubapa menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak

Sumber: Hallo.my

Artikel Berkaitan

MESTI BACA