HomeKomunitiAiskrim sihat untuk anak-anak, ibu bapa boleh cuba 3 resipi ini
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Aiskrim sihat untuk anak-anak, ibu bapa boleh cuba 3 resipi ini

Apabila kita bercakap tentang aiskrim, pastinya ramai kanak-kanak yang terliur dan keriangan, lebih-lebih lagi jika ibu bapa yang membelikan untuk mereka. Namun, ia merupakan salah satu makanan yang tidak sihat dek kerana kandungan gulanya yang amat tinggi.

Tapi jangan risau, kerana anda boleh mengawal kandungan gula di dalam aiskrim tersebut dengan membuat sendiri di rumah. Jika mahu lebih sihat lagi, boleh cuba buat aiskrim dengan menggunakan campuran buah asli. Pastinya lebih berkhasiat kerana campuran buah-buahan, yogurt dan juga susu full cream. Lebih penting lagi, aiskrim tersebut tetap sedap!

IKLAN

BACA JUGA: Tetap bersemangat walau serba kekurangan, inilah anak muda yang patut dijadikan contoh!
BACA JUGA: 7 punca anak-anak jadi pembuli, ibu bapa mesti tahu

Baru-baru ini seorang pengguna sosial media, Mar Maria ada berkongsi tiga resipi askrim buah yang sihat dan sedap untuk diberi kepada anak-anak.

Jom ikuti perkongsian penuh oleh Mar Maria di bawah ini.

*
Hari ni saya nak share resepi aiskrim. Ikut mummy nak kisar susu dengan buah atau kisar buah dengan air pun boleh juga macam buah mangga sebab dia dah manis.

Nak aiskrim rasa lagi sedap boleh kisar susu tambah yogurt dan buah. Rasa masam-masam sikit. Buah kalau tak nak kisar sekali boleh cincang-cincang letak dalam acuan aiskrim.


1. AISKRIM MANGGA

Air dan buah mangga. Kisar semua sekali dan letak dalam acuan aiskrim. Sedia untuk dibekukan.

2. AISKRIM YOGURT KIWI

Susu full cream (panaskan), yogurt dan buah kiwi dicincang. Letak dalam acuan aiskrim dan sedia untuk dibekukan.

3. AISKRIM DRAGON FRUIT

Susu full cream (panaskan) dan dragon fruit dicincang. Letak dalam acuan aiskrim. Sedia untuk dibekukan.

Senang kan? Kalau kita nak makan sekali pun boleh. Sedap dan menyegarkan. Yang paling penting, menyihatkan!

IKLAN
IKLAN

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA