HomeKomunitiAin Husniza kini bersekolah swasta
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ain Husniza kini bersekolah swasta

Pastinya ramai masih ingat mengenai seorang pelajar perempuan yang pernah tular dengan pendedahan jenaka rogol yang dilakukan oleh seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolahnya pada tahun lepas.

Susulan pendedahan berkenaan, pelajar berkenaan iaitu Ain Husniza Saiful Nizam terpaksa melalui pelbagai proses perundangan sehingga Ogos lalu.

BACA JUGA:QS Asia University Rankings 2022: UKM kini 5 peratus terbaik Asia
BACA JUGA:(VIDEO)Terkini, tiada lagi paparan kiraan dislike di YouTube

Terbaharu, bapanya, kepada pelajar berkenaan, Saiful Nizam membuat satu ciapan di Twitter yang menunjukkan Ain Husniza kini telah mula memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah swasta.

Dia sangat gembira, alhamdulillah. (She’s happy 🙏 alhamdulillah.)

IKLAN

Menerusi video yang dimuatnaik bersama ciapan tersebut, Ain Husniza yang lengkap berpakaian seragam dilihat sangat gembira sambil menunjukkan suasana di sekolah barunya.

IKUTI GPSBestari di instagram dan tiktok

Dalam sebuah video yang dikongsikan Ain Husniza di aplikasi TikTok pada Selasa lalu pula memaklumkan bahawa hari tersebut merupakan hari ketiga dia memulakan persekolahan di sekolah berkenaan.

IKLAN
@ainhsaifulnizamthird day at me new schol

♬ Bobby shurmda X Russian Roulette – ⭐️

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan selamat maju jaya kepada Ain Husniza di sekolah barunya.

Jaga diri, ain – Anaq Kiriman Heaven

IKLAN

Gembira mengetahui awak telah memasuki sekolah baharu… – Wan Ali Syafiq

OMG sekolah swasta?! Saya harap anda akan berseronok di sana – fuzzy

Jaga diri dik, saya harap awak dapat persekitaran yang lebih baik, belajar rajin-rajin dan & terus sebarkan kebenaran- Durrani_303_not_found

Daripada GPSBestari pula, selamat maju jaya di sekolah baru buat Ain Husniza.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA