Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeKomunitiAdab murid sepanjang berada di sekolah, ini yang perlu mak ayah lakukan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Adab murid sepanjang berada di sekolah, ini yang perlu mak ayah lakukan

Sesi persekolahan secara bersemuka telah pun dilaksanakan 3 Oktober lalu.

Bagi murid dan pelajar yang telah kembali ke sekolah, tentunya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan telah diikuti dengan sebaik mungkin.

Bagaimana pula dengan adab? Adakah mereka sudah ditekankan tentang perkara ini apabila berada di sekolah?

Menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadhli di telegramnya baru-baru ini, terdapat empat adab yang beliau berikan.

“Saya harap ibu bapa dapat menerangkan kepada anak-anak tentang beberapa adab ketika di sekolah.

“Semoga murid kita menjadi anak yang beradab. Adab adalah nilai paling utama sebelum ilmu pembelajaran dipelajari,” katanya.

Mari ikuti empat adab yang ditekankan Cikgu Mohd Fadhli ini.

GPSBestari sertakan huraian penuh bagi setiap adab sebagai rujukan buat mak ayah.

Ia boleh diterangkan pada anak-anak terutamanya yang berada di sekolah rendah

IKLAN

1) Adab makan

Ajar anak-anak kita adab makan. Makan jangan bersepah. Makan biar habis. Jangan membazir. Paling penting makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang.

Bila perut kenyang barulah dapat belajar dengan baik. Jika perut terlalu kenyang, anak akan mengantuk. Jika perut kosong, anak tidak selesa hendak belajar.

Baca juga Windows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia

Baca juga Peranan pengajar dalam komunikasi pembelajaran secara dalam talian

2) Adab masuk tandas

IKLAN

Ajar anak-anak agar buang air dengan sempurna. Baca doa dan langkah masuk kaki kiri keluar kaki kanan. Ini wajib.

Paling wajib, jaga baju, seluar atau kain agar tidak kena najis. Bersihkan kemaluan dengan bersih. Jangan kencing berdiri.

Paling penting ‘flush’ setelah buang air kecil atau air besar.

3) Adab dengan rakan

Ajar anak hormati orang lain. Beritahu anak, jangan ambil barang yang bukan milik dia.

IKLAN

Bercakap dengan suara yang rendah, jangan terjerit-jerit.

Pendek kata latih anak adab bercakap.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

4) Adab dengan guru

Ini paling penting. Biasakan anak jawab ‘Ya saya’ apabila dipanggil guru. Peka dengan arahan guru. Buat apa yang disuruh.

Ajar juga anak ringan tulang. Bila nampak cikgu bawa barang banyak, ajar anak menawarkan diri untuk menolong.

Paling penting bila berselisih dengan guru beri salam dan senyum.

Sumber: Telegram Nota Cikgu Mohd Fadhli

Artikel Berkaitan

MESTI BACA