HomeKomunitiAdab-adab semasa menuntut ilmu
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Adab-adab semasa menuntut ilmu

Menuntut ilmu hukumnya wajib bagi umat Islam. Ilmu sangat penting bagi setiap individu kerana perkembangan teknologi hari ini bersandarkan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Seseorang yang menuntut ilmu akan diangkat darjatnya. Ini kerana, ilmu pengetahuanlah yang akan membezakan diri setiap individu dengan yang lain.

Semakin banyak seseorang itu menuntut ilmu semakin tinggilah martabat mereka. Ilmu pengetahuan bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri sebaliknya memberi kebaikan untuk orang sekeliling.

Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik dan melatih anak-anak dengan mengamalkan doa dan adab semasa menuntut ilmu. Amalan ini perlu dipraktikkan sedari kecil.

Berikut GPSBestari kongsikan adab yang dapat membantu proses pembelajaran pelajar:

1) Doa

Ibu bapa perlu mengajar anak-anak doa sebelum belajar, doa diberi kefahaman yang baik, doa menguatkan daya ingatan, dan doa penerang hati. Amalan berdoa semasa proses pembelajaran sangat baik kerana ia mampu membuka jalan untuk anak-anak belajar dengan mudah.

2) Bersihkan diri dan hati

IKLAN

Sebelum menuntut ilmu, setiap orang perlu membersihkan diri mereka daripada sesuatu yang menjerumuskan diri ke arah keburukan. Hati dan jiwa yang bersih akan menjadikan proses menuntut ilmu berjalan dengan lancar.

3) Tetapkan niat yang betul

Para pelajar perlu menetapkan niat dalam diri sebelum mula belajar. Ini kerana, setiap perkara yang dilakukan adalah bermula dengan niat. Seseorang akan berusaha mencapai sesuatu yang diinginkan apabila mereka meletakkan niat yang betul dalam diri.

4) Mengambil wuduk

IKLAN

Berwuduk adalah salah satu perkara yang sangat penting semasa proses pembelajaran. Ramai yang tidak mempraktikkan cara ini kerana majoriti mengganggap ia tidak menjadi satu keperluan bagi mereka. Oleh itu, buanglah pemikiran sedemikian dan berwuduklah sebelum mula belajar kerana untuk menuntut ilmu, sudut fizikal seseorang mestilah berada dalam keadaan bersih.

5) Berusaha bersungguh-sungguh

Adab menuntut ilmu adalah kita berusaha untuk mengelakkan diri daripada dikuasai sifat malas. Seseorang yang ingin menuntut ilmu mestilah belajar bersungguh-sungguh kerana seseorang yang gigih berusaha dalam menimba ilmu akan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT

IKLAN

6) Hormati guru

Menghormati guru adalah antara adab dalam menuntut ilmu. Ini kerana gurulah yang akan mengajar dan membantu kita dalam proses menuntut ilmu. Wujudnya rasa hormat ini, para pelajar akan lebih mudah untuk memahami ilmu yang diajar sekali gus mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya.

GPSBestari berharap agar maklumat yang dikongsikan ini dapat memudahkan dan melancarkan proses pembelajaran adik-adik di rumah.

Tidak salah sekiranya kita menjadikan amalan ini sebagai satu kewajipan untuk diri sendiri. Selain memberikan kesenangan semasa belajar, amalan ini secara tidak langsung mendidik kita menjadi seorang yang berdisiplin dalam menimba ilmu pengetahuan.

Sedikit pesanan untuk adik-adik, jangan mudah berputus asa dalam menimba ilmu pengetahuan. Kesukaran dan kesulitan semasa belajar, adalah proses seseorang itu menjadi lebih baik.

Oleh itu, berusahalah sehabis mungkin agar ilmu pengetahuan dapat mengubah diri kita menjadi orang berjaya pada suatu hari nanti.

Sumber: Sadiq Salihoddin, laman Aku Muslim.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA