HomeKomuniti2021, tahun penuh cabaran bagi warga pendidikan
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

2021, tahun penuh cabaran bagi warga pendidikan

Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya. Tahun ini juga bukan mudah buat semua warga Malaysia terutamanya warga pendidikan.

Pada tahun 2020, impak yang dibawa bersama Covid-19 telah merubah landskap pendidikan negara di mana hampir kesemua pelajar terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kita juga boleh lihat bagaimana 2021 telah mempengaruhi sistem pendidikan dengan banyak keputusan penting yang dibuat bagi memastikan kesejahteraan semua warga pendidikan.

Berikut merupakan sorotan peristiwa penting dalam pendidikan di Malaysia.

1. Buli melibatkan 10 pelajar MRSM
Tular satu klip video di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar mengepung dan menumbuk perut mangsa sambil tertawa sesama mereka.

Hasil daripada kejadian itu, 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang telah dikenal pasti ditamatkan pengajian kerana didapati membuli akan diterima masuk ke sekolah harian.

Peristiwa ini juga telah mengundang kemarahan daripada pihak pengguna media sosial dan mendesak tindakan yang keras dikenakan terhadap pembuli. Dalam pada itu juga, insiden ini mendapat perhatian ramai pihak dan seterusnya membangkitkan kesedaran terhadap kegiatan membuli.

BACA JUGA: Kes buli, 10 pelajar MRSM ditamatkan pengajian bakal memasuki sekolah harian

2. Pembukaan sekolah
300,000 murid hadir minggu pertama pembukaan sekolah. Minggu pertama pembukaan sekolah yang bermula pada 3 Oktober lalu di negeri yang berada di Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mencatatkan kira-kira 300,000 kehadiran murid.

IKLAN

Ini merupakan kali pertama pelajar hadir ke sekolah untuk sekian lama setelah menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat daripada penularan Covid-19.

BACA JUGA: Ibu bapa, murid terima baik proses pembukaan semula sekolah

3. Jadual SPM
Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengundang pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Ia ekoran daripada tarikh peperiksaan yang bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu, jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.
Antara kebimbangan yang hadir bersama jadual baharu calon peperiksaan mungkin tergesa-gesa selepas selesaikan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Bagi jadual Ahad pula, kebanyakan ibu bapa beranggapan hari Ahad adalah masa untuk pelajar berehat dan ruang untuk bersama-sama dengan keluarga.

IKLAN

BACA JUGA: KPM umum jadual terkini SPM, STAM dan UPBA 2021

4. UPSR dibatalkan
KPM memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021, sementara Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 pula dibatalkan.

Fokus utama kementerian dalam keputusan ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) dan sebagainya.

BACA JUGA: UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021, PT3 dibatalkan – Dr Mohd Radzi

5. Banjir
Kejadian banjir baru-baru ini telah meranapkan lagi sistem pendidikan negara. Ramai yang terkesan dengan kejadian ini terutamanya pelajar.

IKLAN

Segala kelengkapan sekolah musnah dan ditenggelami air banjir. Selain itu, banyak sekolah yang terjejas dari segi infrastruktur.

KPM berkata pihaknya akan memastikan semua sekolah yang terlibat dalam kejadian banjir besar baru-baru ini diberi perhatian segera untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada anak-anak generasi pewaris negara.

Rentetan daripada kejadian itu, KPM mengumumkan sesi persekolahan bagi penggal tiga 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.
Bagi negeri kumpulan A, sekolah akan bermula pada 9 Januari dan bagi negeri kumpulan B, pada 10 Januari 2022.

Kelonggaran ini diberi atas faktor sekolah-sekolah dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang terjejas teruk.

BACA JUGA: KPT sambut baik keputusan kelonggaran PdP akibat banjir

Ini juga merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi semua pihak dan turut fahami bahawa mereka memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum mereka dapat memulakan sesi persekolahan bagi penggal tiga 2021/2022.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Tahun 2021 sememangnya satu tahun yang sangat mencabar. Pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh sistem pendidikan negara. Semoga tahun 2022 akan menjadi lebih baik buat semua warga pendidikan negara.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA