HomeGen ZUTeM catat kejayaan penjimatan penggunaan tenaga RM9 juta
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM catat kejayaan penjimatan penggunaan tenaga RM9 juta

Universiti Teknikal malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mencatatkan kejayaan unggul penjimatan penggunaan tenaga sebanyak RM9 juta dari tahun 2015 sehingga pertengahan 2021 yang mana ianya dibandingkan dengan penanda aras pada tahun 2014.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, pencapaian ini merupakan kejayaan besar dalam tempoh 6 tahun UTeM mampu mencapai penjimatan tenaga elektrik sebanyak 25 juta kilowattjam (kwj).

Kata beliau, ia turut memberikan impak berganda dalam aspek kawalan pembebasan CO2 turut berjaya dikurangkan sebanyak 14,559 tanCO2 yang menghasilkan purata pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 19 peratus pada setiap tahun.

Jelasnya, kejayaan ini diinisiatifkan menerusi formula strategik yang dibangunkan secara dalaman oleh pihak UTeM lalu menjadi resepi unggul dengan membuahkan hasil yang memberangsangkan selari aspirasi negara bagi pengurusan tenaga.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Antara pengisian formula strategik UTeM adalah bermula dengan pembentukan sumber manusia yang dinamik dan komited dalam menjayakan agenda ini di samping penerapan teknologi berasaskan Revolusi Industri (IR 4.0).

Baca juga MQA serah 2,000 baucar makanan, kit kebersihan kepada UKM 

IKLAN

Baca juga ‘Alhamdulillah, bagi saya yang penting dia lulus. Berapa dapat pun tak kisah’ – Pengetua sebak!

“Turut diadakan adalah pelaksanaan perolehan hijau kerajaan (Government Green Procurement) seperti penukaran peralatan cekap tenaga yang mana lebih 50 peratus lampu LED telah digunakan di kampus induk di samping kerjasama erat bersama agensi luar seperti Suruhanjaya Tenaga dan Malaysia Green Technology dan Climate Change Centre (MGTC),” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Penolong Naib Canselor Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti UTeM, Profesor Madya Ts Mohd Rahimi Yusoff berkata, formula strategik ditambah pula dengan pelaksanaan operasi mampan menerusi pelaksanaan dan pemantauan berkesan menjadi pelengkap kejayaan ini.

Ujarnya, peranan yang dimainkan secara efektif dan bersepadu menerusi Unit Pengurusan Tenaga, Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) bersama Pejabat Pengurusan Fasiliti serta seluruh warga UTeM menjana hasil yang dihasratkan.

Maskot TUAH Tenaga UTeM.

IKLAN

Katanya, walaupun kami menguruskan penjimatan tenaga namun keselesaan seluruh warga UTeM terus menjadi keutamaan sebagai contoh jadual operasi penghawa dingin disusun secara optimal dan cekap bagi memastikan keselesaan penghuni bangunan.

“Turut diadakan kerjasama dengan penyelidik dalaman UTeM bagi membantu mendapatkan teknik terbaik melaksanakan kecekapan tenaga di samping data tenaga dianalisa secara saintifik untuk digunapakai serta langkah kecekapan tenaga di masa hadapan.

“Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pemupukan kesedaran tenaga secara bersasar bermula dari pengurusan tertinggi hinggalah kepada staf sokongan dan pelajar turut dilaksanakan dengan jayanya,” katanya lagi.

Mengimbau cabaran peringkat awal pula, Pengarah KPKA UTeM, Prof Madya Ts Juhari Ab Razak berkongsi pengalamannya menyatakan setiap permulaan sesebuah projek besar tentunya mempunyai kekangan tersendiri terutama dalam pembentukan budaya penjimatan tenaga yang melibatkan seluruh warga universiti.

Ujarnya, kesukaran turut dihadapi dalam aspek kekangan kewangan seperti peruntukan pelaksanaan projek-projek berkaitan kecekapan tenaga ini di samping kapasiti bangunanan dan bilangan pengguna kian bertambah selari dengan kemajuan UTeM.

IKLAN

“Namun semuanya telah berjaya kami lalui dan kini UTeM menikmati kejayaan penjimatan dengan angka yang sangat besar dan kejayaan ini adalah untuk semua,” tuturnya lagi.

Dalam tempoh pencapaian penjimatan tenaga ini UTeM turut meraih kejayaan berganda apabila menempa kemenangan bukan hanya di peringkat tempatan dan nasional malahan melebar segenap persada global.

Antara kejayaan yang telah dicapai adalah Anugerah Hijau Negeri Melaka 2016, penarafan ASEAN Energy Management Gold Standard (EMGS) 1 bintang pada 2016 dan Penarafan ASEAN Energy Management Gold Standard (EMGS) 2 bintang pada 2018.

UTeM turut merangkul Anugerah Khas dari Republic of Croatia dan anugerah emas di Malaysia Technology Expo (MTE 2021) menerusi Product-OptiDR-Simulator diketuai penyelidik Ts Dr Mohamad Fani Sulaima (Pengurus Tenaga UTeM) yang mana produk ini turut telah digunapakai untuk membuat analisa penggunaan tenaga.

 

 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA