HomeGen Z"Mak, doakan Pika jadi guru" - Graduan UPSI luah kegembiraan, jadi pendidik...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

“Mak, doakan Pika jadi guru” – Graduan UPSI luah kegembiraan, jadi pendidik di bawah pengambilan guru secara one-off

Mungkin ramai pihak sudah sedia maklum akan masalah kekurangan guru yang dihadapi oleh negara kita iaitu sebanyak 18,000 guru seperti yang dilaporkan pada Jun tahun ini.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off pada bulan Oktober lalu sebagai salah satu cara bagi mengatasi masalah ini.

Bagi yang memohon, keputusan pengambilan khas ini sebenarnya sudah boleh disemak sejak beberapa hari yang lepas lagi. Tahniah kepada yang berjaya.

IKLAN

BACA JUGA: “Saya sudah letih jadi cikgu, tidak semua hargai kami…”
BACA JUGA: Pengurusan pendidikan penting dalam mendepani akhlak remaja di era digital

Di bawah ini, GPSBestari kongsikan coretan graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Norhafikah Moong di Facebook miliknya yang meluahkan kegembiraan apabila berjaya diterima menjadi guru dalam pengambilan kali ini.

Ikuti coretan penuh beliau di bawah ini.

***
Kembara Takdir: Begitu Tuhan menguji.
“Pika, nak telor.. Buka mulut.” Itulah bicara ibu waktu pagi sejak aku di sekolah rendah.
Sedang pakai stoking, ibu suap nasi ke mulut.
Duit belanja ku hanya 50 sen dibekalkan. Ya, 50 sen. Tak banyak tapi cukup bagiku. Begitu lah aku dibesarkan.
“Mak, doakan Pika jadi doktor”
Aku masuk kelas Sains Tulen, membuat perancangan hidup. Aku nekad untuk belajar capai cita-cita jadi doktor tetapi tersadai. Aku yakin Tuhan itu Maha Baik.
Aku bertemu mak, “Mak, doakan Pika jadi guru”
Aku pernah gagal. Banyak pengorbanan. Banyak ujian dan cabaran terpaksa ditempuh untuk menuntut ilmu.
Tapi, setiap hari walau ku tahu mak pasti doakan anaknya, aku tetap kata,
“Mak, doakan Pika jadi guru”. Itu lah kata-kata setiap hari sebelum tidur kepadanya.
Maka doa itu dimakbul Tuhan dengan penantian yang cukup lama. Alhamdulillah.
Setiap apa pun keputusan, libatkan Allah di dalamnya. Sama ada gagal atau berjaya, kau tidak akan runsing dan bimbang kerana Allah telah susun yang terbaik bagimu.
Tidak cukup dengan percaya, yakini & imani jalan Takdirmu.
Aku percaya hari ini aku diuji dengan kejayaan. Mengukur diri apakah aku, Hamba yg bersyukur ataupun kufur? Begitulah Tuhan menguji.
Fikah. M
To be Cikgu.

IKLAN
IKLAN

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA