Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUTeM tersenarai universiti terbaik dunia
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM tersenarai universiti terbaik dunia

Baru-baru ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah tersenarai dalam  penarafan Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2021.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim, kejayaan ini meletakkan UTeM yang berusia 21 tahun terus menyerlah prestijnya sebagai salah sebuah universiti terbaik dunia yang berusia 50 tahun atau kurang.

Jelas beliau, antara kriteria penarafan ini berfokuskan kepada 13 indikator berdasarkan misi teras sesebuah universiti iaitu pengajaran, penyelidikan, pemindahan ilmu serta pengantarabangsaan.

IKLAN

Tambah beliau lagi, antara kelebihan yang menjadi tunjang kekuatan UTeM ialah penzahiran konsep pemindahan ilmu menerusi hubungan dan kerjasama strategik antara UTem bersama rangkaian industri peringkat global.

“Pencapaian ini membuktikan pendekatan konsep TUNAI (Technology @ University Advancing Industry and Society) yang menjadi amalan UTeM kian menyerlahkan hasil berimpak bukan hanya peringkat nasional malahan terus bersinar di persada global.

IKLAN

“Aspirasi ini terus melonjakkan momentum UTeM untuk terus berdaya maju dalam menjayakan kerjasama strategik pintar bersama pihak industri pelbagai sektor seluruh dunia yang menghasilkan pengembangan ilmu, penciptaan inovasi serta solusi kepada komuniti global,” ujar Dr Raha lagi.

Sebanyak 12 buah universiti tempatan turut tersenarai dalam penarafan tersebut yang menyenaraikan sebanyak 475 universiti dari 68 buah negara secara keseluruhannya.

IKLAN

Selain itu, UTeM turut tersenarai buat pertama kalinya tahun ini dalam penarafan THE World University Rankings pada kumpulan 1,001+ serta THE Asia University Rankings pada kedudukan 401+.

UTeM turut berada dalam senarai 801-1,000 dalam penarafan THE Impact Rankings.
Oleh itu, pencapaian ini pastinya menjadi pembakar semangat warga UTeM untuk terus dinamik dan komited menjana kejayaan berterusan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA