Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUTeM terima 2,089 pelajar baharu program sarjana muda sesi 2021/2022
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM terima 2,089 pelajar baharu program sarjana muda sesi 2021/2022

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima seramai 2,089 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Sesi 2021/2022 secara dalam talian, baru-baru ini.

Berikutan musim pandemik ini, proses pendaftaran masuk pelajar baharu dilaksanakan dengan mengaktifkan pelajar secara dalam talian bermula 27 September lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, UTeM terus menjadi pilihan lepasan matrikulasi, diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda.

IKLAN

Menurut beliau, penzahiran prestij kecemerlangan UTeM dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi sama ada di dalam atau luar negara dan kadar kebolehpasaran graduan berprestasi tingi serta mampan menjadi buruan majikan dunia telah melonjakkan UTeM sebagai destinasi utama gerbang pengajian tinggi teknikal pilihan ramai.

IKLAN

“Pada kemasukan kali ini, seramai 704 pelajar mendaftar bagi mengikuti pengajian program teknologi kejuruteraan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).

“Seramai 631 orang pelajar pula mendaftar bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di empat fakulti kejuruteraan UTeM iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejurteraan Pembuatan (FKP).

IKLAN

“Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) mencatatkan pendaftaran sebanyak 401 orang pelajar manakala 353 orang pelajar bagi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan,” ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai Minggu Haluan Siswa (MHS), Dr Ghazali berkata, mahasiswa baharu ini mengikuti MHS secara dalam talian bermula pada 30 September hingga 2 Oktober 2021 bersama dengan pelajar baharu diploma yang mendaftar pengajian di sini pada awal Ogos lalu.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA