Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUTeM sambut baik kenyataan KPT berhubung kemasukan berperingkat pelajar Oktober depan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM sambut baik kenyataan KPT berhubung kemasukan berperingkat pelajar Oktober depan

OLEH: MOHD KHAIRULHUSAINI BIN MOHD SAAD

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyambut baik saranan dan kenyataan yang telah umumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkenaan kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober depan.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Profesor Ir Dr Ghazali Omar berkata, UTeM senada dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jelas beliau, selari dengan hasrat KPT maka UTeM telah menggariskan panduan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan bermula pada Oktober nanti.

Katanya, PdP di UTeM akan dilaksanakan menerusi kaedah hybrid termasuk secara dalam talian atau secara bersemuka bersesuaian dengan program akademik yang sedang diikuti oleh pelajar terbabit.

Pelajar yang dikategorikan berkeperluan akan diberi keutamaan seperti yang telah disenarai pendek oleh pihak fakulti sahaja yang dibenarkan mendaftar penginapan di Kolej Kediaman.

IKLAN

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Bagi pelajar yang berkeperluan dan tinggal di luar kampus pula boleh juga mengikuti PdP secara hibrid, dalam talian atau bersemuka mengikut kesesuaian kursus yang diambil.

“Sementara itu, bagi pelajar yang tidak kembali ke kampus pula mereka masih perlu mengikuti PdP secara dalam talian mengikut kesesuaian kursus yang diambil,” ujarnya sewaktu memberi kenyataan berhubung perkembangan semasa kini.

IKLAN

Mengulas kemasukan ke kampus bagi tujuan PdP ini, beliau menyatakan ia termaktub kepada golongan pelajar yang telah lengkap dua dos vaksinasi di samping pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperincikan.

Dr Ghazali berkata, dari aspek kadar vaksinasi bagi kelompok kalangan warga kerja UTeM pula, sehingga hari ini UTeM telah mencapai sebanyak lebih 91 peratus staf nya lengkap dua dos suntikan vaksin.

Sehubungan itu pihak UTeM turut terus memantau secara lebih dekat para pelajarnya bagi proses melengkapkan dua dos vaksinasi.

Baca juga Cikgu Salbiah kongsi 10 pesan abah yang sangat menyentuh hati. Tak sangka, arwah disayangi ramai kerana ‘perkara ini’. Warganet sebak!

IKLAN

Baca juga Michael Yam Kong Choy dilantik sebagai Canselor UOW Malaysia KDU

Menyentuh mengenai pengumuman oleh Dr Noraini berhubung pengurangan yuran sebanyak 20 peratus bagi Semester 1 sesi akademik 2021/2022 kepada semua pelajar warganegara membuktikan KPT terus prihatin dan sentiasa cakna golongan mahasiswa.

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA