HomeGen ZUTeM menang besar di Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM menang besar di Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakar sejarah  apabila menggondol pelbagai anugerah dalam Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2019 yang diadakan secara dalam talian baru-baru.

Pengiktirafan oleh MAKUM itu berdasarkan kepada pencapaian kecemerlangan oleh universiti-universiti Malaysia dalam aktiviti, pertandingan dan festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2019.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abdul Manap turut merakamkan rasa gembira atas pencapaian yang telah dipamerkan oleh barisan mahasiswa UTeM dan juga kakitangan HEP UTeM itu.

Jelas beliau, walaupun UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada pendidikan teknikal, namun UTeM sentiasa menyediakan peluang dan fasiliti kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berminat dengan seni budaya,  sebagai aktiviti kokurikulum tambahan.

IKLAN

Kemenangan itu menyaksikan Muhamad Shahreen Sabarani dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), berjaya meraih Anugerah Bonang Emas Lelaki (individu yang cemerlang dalam seni dan budaya).

Manakala Mirza Syamimi Mohazrifi dari Fakulti Kejurteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) pula memperoleh Anugerah Bonang Emas Wanita (Individu yang cemerlang dalam seni dan budaya).   

Sementara itu UTeM turut memenangi Anugerah Gong Kencana dan Anugerah Gambang Mustika (Persatuan Seni Terbaik) yang diwakili oleh pasukan Wind Orkestra UTeM.

IKLAN

Turut membanggakan, tiga kakitangan HEP UTeM mencapai kejayaan tersendiri apabila Pegawai Kebudayaan Unit Teater, HEP UteM, Allahyarham Shahrulfadli Yahaya telah menerima Anugerah Gayor Gemilang Emas MAKUM.

Kejayaan-kejayaan lain, Ahli Muzik UTeM, Hamidi Mohd Hasnan dan Pegawai Kebudayaan Unit Tarian, HEP, UTeM, Rosmiza Mohd Saad telah menerima Anugerah Gendang Sari MAKUM dan Anugerah Lambang Sari MAKUM.  

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakar catatan kejayaan apabila menggondol pelbagai anugerah dalam Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2019 yang diadakan secara atas talian baru-baru.

IKLAN

 

 
 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA