HomeGen ZUTeM lahirkan mahasiswa Pakar Teknikal Huffaz al-Quran
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM lahirkan mahasiswa Pakar Teknikal Huffaz al-Quran

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited melahirkan lebih ramai mahasiswa yang terdiri daripada golongan Huffaz hafazan 30 juzuk al-Quran.

Kejayaan ini terukir apabila kumpulan kedua seramai 11 mahasiswa UTeM berjaya memperolehi Sijil Khatam Hafazan al Quran secara rasmi, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim mengucapkan kesyukuran dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas pencapaian tersebut.

“Pencapaian ini sekaligus menzahirkan UTeM terus komited menjana mahasiswa dan graduan yang bukan hanya memiliki kepakaran dalam bidang teknikal malah mempunyai nilai pakej istimewa iaitu Huffaz al-Quran.

IKLAN

“Mereka adalah dari latar belakang pengajian bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, UTeM menghasilkan kumpulan Huffaz kedua yang mendaftar program ini pada semester 1 sesi 2017/2018 dan mereka telah mengikuti program berkenaan selama enam semester.

Secara dasarnya, program Pengajian Tahfiz al Quran UTeM telah dijalankan bermula pada tahun 2016/2017 lalu menerusi kerjasama bersama Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

IKLAN

Sementara itu, Pengarah Program, Dr Radzuan Nordin berkata, para pelajar yang mengikuti program tersebut dibimbing untuk menghafal al-Quran dengan sistem yang disusun oleh JAKIM, yang mana mereka dianugerahkan Sijil Tahfiz Darul al Quran di samping penganugerahan Ijazah Sarjana Muda program yang mereka ikuti.

Katanya, kumpulan kedua itu telah berjaya menghafaz al Quran dengan jayanya yang mana terdiri 8 pelajar lelaki dan 3 pelajar wanita.

IKLAN

Mereka ialah Ahmad Shafiq Haikal Abbilah, Muhamad Nur Aiman Azman, Muhammad Najhi Mohd Fauzi, Muhammad Afzal Akmal Azhan, Muhammad Amiruddin Mustafa, Muhammad Ammar Haziq Abu Samah, Muhammad Hafizuddin Mansor, Muhammad Yasir Syahir Yahaya, Fatimatuzzahrah Mohamed Arif, Nur Ainun Amirah Mohamad Azhar dan Wafa’ Idris

Program ini dahulunya dikendalikan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dan kini di bawah Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK) di bawah pemantauan Darul Quran, JAKIM.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA