Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUPSI, Universiti Harvard jalin kerjasama laksana program pembangunan profesional akademia
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UPSI, Universiti Harvard jalin kerjasama laksana program pembangunan profesional akademia

Demi merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke arah memperkasa pendigitalan pendidikan di peringkat pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan kerjasama dengan University of Harvard, Amerika Syarikat membabitkan pengambilan ikhtisas program Pembangunan Profesional Akademia UPSI.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata program Pembangunan Profesional Akademia UPSI menawarkan pensijilan Postgraduate Certificate in Higher Education (PGCHE) yang melibatkan sepuluh orang pensyarah dari setiap fakulti.

“Mereka akan mengikuti kursus jangka pendek selama lapan minggu anjuran The Derek Bok Centre for Teaching and Learning, University of Harvard bermula pertengahan bulan Oktober hingga Disember 2021.

“UPSI sentiasa bersungguh-sungguh meningkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa dengan menjalankan pelbagai inisiatif berkaitan menerusi kerjasama bersama pusat pengajian ternama dan terbaik di peringkat global dalam merealisasikan misi menjadi universiti yang unggul sehingga ke tangga 100 terbaik dunia,” katanya.

IKLAN

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Rekod terkini menunjukkan UPSI berada di tangga 176-200 dalam The Times Higher Education (THE) World University Rankings sekali gus membuktikan berlakunya lonjakan untuk mencapai kecemerlangan peringkat serantau dan dunia.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Marzita Puteh, berkata peluang pensijilan yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah berkenaan bakal meningkatkan kompetensi tenaga pengajar terlibat untuk menambah baik strategi penyampaian pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

IKLAN

Jelasnya, apa yang lebih menarik lagi, program PGCHE turut disertai 50 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkemuka (Top 50 QS Ranking) seluruh dunia dan UPSI tidak ketinggalan.

“Program pengajian ikhtisas ini dijalankan secara intensif, melibatkan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran kendiri serta bimbingan daripada tutor dan penyelia diperakui Harvard,” ujarnya.

IKLAN

Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI, Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun, pula berpendapat program berkenaan memberi peluang dan pendedahan kepada pensyarah untuk melibatkan diri secara proaktif.

“Ia juga membolehkan mereka membuat refleksi berterusan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran, mereka bentuk portfolio serta merancang kerjaya sebagai pengajar di peringkat pengajian tinggi.

“Peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah dipilih melalui tapisan di peringkat fakulti dan universiti bagi memilih mereka yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi sumbangan kepada universiti sepanjang perkhidmatan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA