Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUPSI didik pelajar berhadapan situasi Covid-19 melalui ‘Menelusuri Erti Kemerdekaan’
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UPSI didik pelajar berhadapan situasi Covid-19 melalui ‘Menelusuri Erti Kemerdekaan’

Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru ini telah menganjurkan program ‘Menelusuri Erti Kemerdekaan’.

Program tersebut yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI, bertujuan mendidik pelajar dan masyarakat mencintai negara dalam situasi Covid-19 dan telah diadakan secara dalam talian, selaras dengan amalan norma baharu hari ini.

Menurut Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Profesor Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim, sejajar dengan situasi Covid-19 yang masih belum reda, program ‘Menelusuri Erti Kemerdekan’ diadakan secara webinar dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah.

Tambah beliau, sepanjang program tersebut berlangsung, sebanyak empat pertandingan diadakan yang melibatkan pelajar sekolah, universiti dan juga masyarakat.

“Sepanjang program berlangsung, aktiviti-akviti yang telah kami sediakan ialah pertandingan mencipta ‘Quote Poster Kreatif’ bertemakan “Merdeka Dari Wabak Covid-19”; pertandingan video pendek merdeka; pertandingan pakaian tradisional mengikut kaum di Malaysia dan kuiz kemerdekaan.

“Penyertaan yang dibuka sejak 2 Ogos lalu dan berakhir 31 Ogos ini memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar untuk menyertainya.

IKLAN

“Selain itu program webinar yang melibatkan tiga tema, Menelusuri Erti Kemerdekaan, Pengisian Kemerdekaan dan Memahami Perjuangan Kemerdekaan Serantau turut diadakan untuk pelajar sekolah dan juga prauniversiti,” ujarnya.

Antara pelajar dan orang ramai yang mengambil bahagian sempena bulan kemerdekaan anjuran Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

IKLAN

Dalam usaha menjayakan program tersebut, UPSI turut menjemput penceramah dari Universiti Malaya (UM), Datuk Prof Dr Abdullah Zakaria bagi mengulas isu Sejarah Kemerdekaan Malaysia: Gelap, Kabur Dan Persimpangan.

Selain itu bagi mengupas Erti Sebuah Kemerdekaan ia telah disempurnakan oleh Prof Dr Ishak Saat.

IKLAN

Sejajar dengan Sambutan 100 Tahun UPSI pada 2022 nanti,  satu webinar bertajuk ‘Cabaran  UPSI Era Merdeka’ turut diadakan.

Diharapkan program ini bukan sahaja mendidik pelajar-pelajar memahami dan memupuk erti kemerdekaan, tetapi ia juga membuatkan pelajar belajar mendalami erti kemerdekaan melalui pertandingan dan diskusi yang dianjurkan.

Program bulan kemerdekaan anjura Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA