HomeGen ZUPM hasilkan produk MagKlik©️
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UPM hasilkan produk MagKlik©️

Basikal adalah salah satu mod pengangkutan yang paling popular di dunia dan menurut Bank Dunia, dianggarkan lebih daripada dua bilion basikal digunakan di seluruh dunia pada tahun 2017 malah jumlah ini semakin meningkat setiap tahun.

Hari ini, basikal tidak hanya digunakan untuk pengangkutan, tetapi juga untuk riadah dan kecergasan seperti aktiviti berbasikal gunung, jalan raya atau trek.

Mengambil kira penunggang basikal gunung yang terdedah kepada risiko kemalangan dan kecederaan fizikal semasa menjalankan aktiviti itu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan produk inovasi MagKlik – Self Align Magnetic Bicycle Pedal.

Ketua penyelidiknya, Dr Mohd Shahrizal Dolah berkata, hasil kerja lapangan yang dilakukan di Malaysia dari tahun 2016 hingga 2019 menunjukkan 85.2 peratus penunggang basikal gunung terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan fizikal disebabkan kesalahan pengendalian pedal basikal.

Menurut beliau, kajian reka bentuk tindakan diadaptasi sebagai kaedah penyelidikan utama produk inovasi ini di mana pereka sendiri terlibat secara aktif dan mengambil bahagian dalam acara basikal gunung untuk mendapatkan data utama.

“Melalui data yang diperolehi, 22 faktor reka bentuk dikenal pasti dan daripada jumlah itu, sebanyak 20 peratus disenaraikan untuk digunakan sebagai Spesifikasi Reka Bentuk Produk (PDS).

IKLAN

“PDS yang disenaraikan dapat membantu mengurangkan kecederaan fizikal dalam kalangan penunggang basikal gunung dan pada masa yang sama, memberi keselesaan dan keselamatan semasa mengayuh,” katanya kepada GPSBestari, baru-baru ini.

MagKlik©️ – Self Align Magnetic Bicycle Pedal yang dihasilkan oleh penyelidik UPM.

Ciri-ciri MagKlik

MagKlik – Self Align Magnetic Bicycle Pedal adalah pedal basikal gunung (MTB) berfungsi sebagai alat keselamatan untuk penunggang basikal gunung (MBR) yang dilengkapi dengan sistem kunci magnetik.

IKLAN

Ciri MagKlik ditekankan dengan menganalisis pergerakan kaki MBR semasa menunggang di mana alur magnet berfungsi sebagai sistem kekunci yang memudahkan penunggang membuka dan memasang kaki pada pengayuh basikal.

Fungsi sistem kekunci bertujuan memastikan kaki penunggang MTB sentiasa berada dalam kedudukan statik semasa menunggang untuk mengelakkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau kemalangan.

Keadaan statik kaki adalah penting untuk mengelakkan kecederaan yang berpanjangan di masa depan selain dapat meningkatkan daya tarikan kaki, kecekapan, dan mengurangkan andaian tenaga.

Kelebihan inovasi MagKlik

IKLAN

Penyelidik dari Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina itu berkata, antara kelebihan produk inovasi itu ialah sistem penguncian pedal basikal self-aligning memudahkan penunggang basikal gunung semasa pergerakan klip buka dan tutup.

Sebahagian daripada responden yang turut memberikan data dalam kajian MagKlik.

“Selain itu, sistem magnet pedal basikal memudahkan keadaan statik kaki penunggang semasa menunggang malah pedal basikal ini sangat efektif, murah, dan mesra pengguna sekali gus membolehkan penunggang meningkatkan prestasi dan keselamatan semasa berbasikal.

“Memandangkan minat masyarakat dalam sukan ini semakin berkembang, produk inovasi ini juga dapat membantu pengguna memanfaatkan cara berbasikal yang lebih selesa, selamat, dan mengurangkan kesan kepada kesihatan pada masa akan datang,” ujarnya.

Penyelidikan yang bermula pada 2016 itu dengan menyasarkan industri sukan dan rekreasi serta rekabentuk produk sudah sedia dikomersialkan malah UPM kini sedang mencari rakan untuk kerjasama strategik bersama mana-mana syarikat yang berminat untuk pengkomersilan, perlesenan harta intelek atau inovasi UPM.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA