HomeGen ZUniMAP Meterai Kerjasama Strategik dengan KIET, Pakistan
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UniMAP Meterai Kerjasama Strategik dengan KIET, Pakistan

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai kerjasama strategik dengan Karachi Institute of Economics and Technology (KIET) khusus untuk memantapkan lagi aspek akademik, penyelidikan, perundingan serta mobiliti staf dan pelajar untuk manfaat bersama.

Menerusi jaringan kerjasama tersebut, UniMAP melalui Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) dan KIET akan saling membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam kerjasama ini untuk program serta projek yang bermanfaat dalam usaha meningkatkan lagi keterlihatan antarabangsa UniMAP di persada antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsanya, Prof Ir Ts Dr Mohd Rizal Arshad berkata, dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih meruncing ini, universiti perlu bijak mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan jaringan antarabangsa terutama dengan institusi pendidikan lainnya di luar negara.

“Meskipun ramai melihat pandemik ini sebagai satu masalah, namun dalam sudut pandang berbeza ia tetap memberi manfaat kepada universiti untuk mengukuhkan jaringan kerjasama dengan kos yang lebih rendah.

“Jika sebelum ini, kita sering merasa terbeban dengan kos untuk melebarkan hubungan antarabangsa, namun pandemik ini secara tidak langsung menyediakan peluang yang lebih menguntungkan dengan hanya menggunakan pertemuan secara maya. Apa yang lebih utama ialah hasil yang diharapkan melalui kerjasama yang terjalin ini,” ujarnya.

Dr Mohd Rizal yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor UniMAP menandatangani MoA bagi pihak UniMAP.

IKLAN

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) antara UniMAP dan KIET yang dijalankan secara maya di sini, hari ini.

UniMAP diwakili oleh Dr Mohd Rizal yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor UniMAP manakala KIET diwakili oleh Presidennya, AVM (R) Tubrez Asif.

Turut hadir, Dekan FSGM UniMAP, Prof Madya Ku Halim Ku Ariffin; Pengarah Pusat Libatsama Antarabangsa (CIE) UniMAP, Prof Madya Dr Tunku Salha Tunku Ahmad dan Pensyarah Kanan FSGM, Dr Ummi Naiemah Saraih.

IKLAN

Mengulas lanjut, Dr Mohd Rizal berkata, dalam konteks menjayakan agenda antarabangsa, universiti amat mengharapkan libat sama dan kerjasama dari ahli akademik yang mempunyai jaringan dengan ahli akademik dari negara-negara lainnya.

“Kerjasama hari ini misalnya adalah hasil perbincangan awal antara Dr Ummi Naiemah dan Dr Amena Sibghatullah dari KIET sebelum dipanjangkan ke peringkat CIE untuk proses seterusnya.

“Buat permulaan, kerjasama UniMAP dan KIET akan memberi fokus kepada aspek penyeliaan bersama, pertukaran dan perkongsian maklumat akademik dan bahan pengajaran serta penerbitan bersama,” jelasnya lagi.

IKLAN

Majlis menandatangani MoA antara UniMAP dan KIET yang berlangsung secara maya hari ini.

Dalam pada itu, Prof Madya Ku Halim berkata, FSGM secara rasminya telah memuktamadkan beberapa program kerjasama di peringkat awalan ini iaitu lantikan Dr Ummi Naiemah Saraih sebagai penyelia utama bagi dua orang pelajar pasca kedoktoran dari KIET.

“Dua orang pelajar telah ditindikkan di bawah seliaan Dr Ummi Naiemah iaitu Dr Amena dengan kajian yang bertajuk ‘Issues of Gender Equality in Karachi Societies’ dan Dr Atif Aziz melalui kajiannya `The Development and Validation pf PhD Employability’.

“Selain itu, Dr Ummi Naiemah juga turut dilantik sebagai pemeriksa luar bagi tiga calon Ijazah Sarjana Pentadbiran (MBA) dari KIET iaitu Yusra Asif, Zainab Ali dan Rimsha Habib. Hubungan ini akan dikembangkan lagi dengan pelbagai aspek kerjasama lainnya dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA