Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUMP lancar Aplikasi ADAB untuk manfaat pelajar
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UMP lancar Aplikasi ADAB untuk manfaat pelajar

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Aplikasi ADAB UMP yang merupakan aplikasi mudah bagi pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi terkini sepanjang pengajian di universiti ini.

Aplikasi ini membuka akses kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan akademik, kebajikan pelajar, informasi terkini, kewangan pelajar dan kemudahan yang terdapat di dalam UMP.

Selain itu juga, aplikasi ini turut menyediakan kemudahan permohonan secara dalam talian seperti zakat, e-aduan dan sebagainya.

Ia turut menghubungkan pelajar dengan portal-portal rasmi jabatan di UMP, agensi kerajaan dan penyedia perkhidmatan bank serta pembayaran dalam talian untuk agensi swasta.

Aplikasi ADAB yang dibangunkan mahasiswa UMP.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, situasi pandemik yang tidak menentu di negara kita telah menuntut satu tindak balas yang mesti diambil secara holistik dan pantas bagi memastikan perkhidmatan akademik, pembangunan pelajar dan pentadbiran universiti berada pada tahap yang terbaik.

IKLAN

“Walaupun kehadiran fizikal pelajar ke kampus tidak dapat dilakukan pada waktu sekarang, UMP tidak pernah berhenti dalam melakukan penambahbaikan untuk memberikan perkhidmatan secara dalam talian khususnya kepada para pelajar,” kata beliau.

Beliau berkata ketika melancarkan Aplikasi ADAB UMP bersempena Perasmian Hari Suai Kenal bagi pelajar baharu program diploma, asasi dan pradiploma bagi tahun 2021 secara dalam talian yang disiarkan di facebook UMPMalaysia baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Muhammad Hisyamuddin Abdul Aziz.

IKLAN

Pelajar UMP, Aisyah Zawai dari Fakulti Komputeran dan rakan-rakan menunjukkan aplikasi ADAB UMP yang dilengkapi informasi pengajian dan rujukan di kampus.

Dr Wan Azhar turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang kerjasama dengan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) dalam menjayakan usaha membangunkan aplikasi ini.

“Ia akan sentiasa ditambah baik dengan fungsi-fungsi terkini yang bersesuaian dengan keperluan semasa pengguna dan seiring dengan kemajuan teknologi terkini,” katanya.

IKLAN

Beliau menasihatkan pelajar agar dapat memanfaatkan penggunaan aplikasi ini sebagai satu wadah maklumat yang boleh menghubungkan antara mahasiswa dan UMP.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kemasukan pelajar baharu yang memilih UMP sebagai destinasi pendidikan tinggi mereka.

Seramai 600 pelajar baharu telah mendaftar secara dalam talian bagi mengikuti pengajian program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Kimia, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Industri, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Tempoh pendaftaran secara dalam talian ini dilanjutkan kepada tarikh baharu sehingga 6 Ogos 2021 bagi memberi peluang kepada pelajar yang berdepan dengan masalah semasa membuat pendaftaran.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA